Tuan kedai terjah pelanggan, kerap ‘order’ makanan tapi tak mahu bayar
Tindakan tuan kedai terjah pelanggan yang sudah beberapa kali dilihat memesan dan mengambil makanan tapi tidak membayarnya tular di media sosial TikTok setelah perbuatan tersebut ‘kantoi’.
Menerusi video yang dikongsi TikTok Restoran Kak Sal, seorang pelanggan wanita dipercayai sudah lebih dari sekali melakukan perkara tersebut sehingga pemilik kedai merakam tindak tanduknya apabila dia cuba berbuat hal yang sama untuk kali ketiga.
Dah ambil makanan terus cabut lari
Dalam video itu, wanita berkenaan dilihat mengambil makanan dan membungkusnya sebelum bergegas keluar menuju ke kereta tanpa singgah ke kaunter untuk membuat pembayaran.
@abezaini1 Last tinggal makanan atas meja kata nk p ambil duit dalam kereta hilang macam tu..😅 #fyp #CapCut
♬ original sound – Restoran kak sal Kelate🥰 – Restoran kak sal Kelate🥰
Tuan kedai terjah pelanggan, wanita pura2 nak ambil duit dari kereta
Setelah rakaman tersebut viral, pemilik kedai makan berkenaan telah membuat video menjelaskan keadaan sebenar kerana ada dakwaan mengatakan ia sekadar konten.
Ujarnya, sudah masuk tiga kali wanita tersebut melakukan perbuatan itu dan kali ketiga mereka bertindak menerjah pelanggan terbabit sebelum dia sempat beredar.
Ketika ditahan daripada pergi, pelanggan itu memaklumkan yang dia ingin mengambil wang di dalam kereta sedangkan dia membawa beg duit serta menjinjing plastik makanan yang sudah dibungkus.
@abezaini1 Replying to @fieza_is #fyp
♬ original sound – Restoran kak sal Kelate🥰 – Restoran kak sal Kelate🥰
Tuan kedai terjah pelanggan, tak kisah jika jujur nak makan, asal jangan curi
Apabila diminta membuat pembayaran di kaunter, dia terus meninggalkan makanan-makanan tersebut dan beredar pergi dengan memandu kereta.
Jelas pemilik kedai makan terbabit, mereka langsung tidak keberatan untuk memberi makanan kepada wanita itu jika dia jujur memerlukan. Namun, dia memilih untuk mencuri dan tidak membayar makanan yang berharga hampir RM70 itu.
Artikel lain: Lelaki curi tabung masjid nak beli susu anak, ahli perniagaan bantu sediakan peguam
Jangan sokong pencuri
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada warganet di aplikasi TikTok tersebut. Rata-rata mengatakan tindakan pemilik kedai membuat video dan bertanyakan terus kepada pelanggan itu cukup bijak kerana boleh jadi dia sekadar mengambil kesempatan untuk tidak membayar makanan yang sudah diambil.
Mereka juga menyokong langkah yang dibuat oleh pemilik kedai makan tersebut kerana pelanggan itu yang melakukan kesalahan dengan mencuri walau apa juga alasan yang diberikan.
Boleh sedekah, asalkan jujur tak curi senyap2
Kalau betul lapar takkan sampai RM70
Tak takut ke makan makanan curi macam tu?
Sumber: TikTok Restoran Kak Sal
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source