Anak datang berjoget, respon Shuib buat ramai terkejut
Respon Shuib buat ramai terkejut apabila anaknya secara tiba-tiba datang dan berjoget ke arahnya yang sedang ditemu bual ketika dalam sebuah podcast baru-baru ini.
Anak datang tiba2 berjoget
Menerusi potongan video yang dikongsikan semula akaun TikTok mika500, anak ketiga pelawak dan usahawan itu telah menghampirinya sebelum melakukan tarian di belakang sebelum disambut gelak ketawa para podcaster serta pelawak, Shuk Sahar.
Respon Shuib buat ramai terkejut, kata mungkin anak nampak dia macam tu di rumah
Apa yang mengejutkan ramai adalah respon daripada Shuib di mana dia mengatakan mungkin anak ketiganya itu ternampak perbuatannya di rumah sebegitu dan mengikuti apa yang dilakukan.
“Tak tahu lah, mungkin dia ternampak bapak dia dekat rumah macam tu. Budak-budak dekat rumah, aku dekat rumah ada bela kuda,” ujarnya spontan.
Respon Shuib buat ramai terkejut, disambut gelak ketawa yang lain
Perkara tersebut telah disambut gelak tawa oleh mereka dan sempat mempersoalkan apa yang diajar Shuib sehingga anaknya boleh melakukan tarian sebegitu.
Artikel lain: Shuib menang saman fitnah, duit akan disalurkan 100% ke tabung Palestin
Nampak bapak dia buat begitu?
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas diterima daripada netizen. Ada di antara mereka merasakan perkara tersebut sekadar lawak biasa namun ada yang mengatakan seakan ia satu gurauan double meaning yang memberi maksud berbeza.
Mereka menganggap perkara tersebut langsung tidak lawak jika ia membawa maksud yang bukan-bukan kerana kanak-kanak berkenaan masih kecil lagi.
Apa yang tak kunci pintu pulak ni?
Tak gelak pun, risau tengok
Kenapa rasa benda ni kelakar?
Jaga-jaga apa yang kita buat anak lihat
Walau bagaimanapun, boleh jadi ia sekadar balasan spontan Shuib kepada para podcaster tersebut yang terkejut melihat telatah lucu anaknya.
Sumber: TikTok mikaEco
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source