Champa, Lenyapnya Kerajaan Melayu di Bumi Vietnam
Kerajaan Champa didirikan oleh kaum Melayu Cham, didirikan sekitar tahun 192 Masihi dan capai puncak kegemilangan pada abad ke-7 hingga ke-10.
Pada masa itu, Champa memonopoli perdagangan rempah-rempah dan sutra antara China, Kepulauan Melayu, India, dan Kekhalifahan Abbasiyah di Timur Tengah.
Champa banyak kali diserang dari kerajaan China di utara selama Dinasti Sui dan Mongol di bawah Dinasti Yuan. Champa tetap gah kerana dapat menahan serangan tersebut.
Meskipun Champa awalnya menganut agama Hindu, kemudian agama Islam mula diterima sekitar abad ke-10 yabg dibawa oleh pedagang Arab.
Apa sebenarnya yang buat Champa tumbang?
Kekuatan Champa mula melemah dengan munculnya kekuatan politik asing di kawasan itu. Champa sering diserang oleh kerajaan Khmer, tetapi musuh utamanya adalah kerajaan Annam di utara Vietnam dan selatan China.
Annam, sebuah kerajaan yang didirikan oleh Dai Viet yang berasal dari Selatan China menakluk wilayah-wilayah di selatan dan Champa jadi sasaran utama diorang.
Meskipun Champa sering melakukan serangan balasan terhadap Dai Viet, diorang kalah dalam pertempuran dan akhirnya terusir ke selatan akibat perluasan kekuasaan Dai Viet.
Namun, Champa bangkit kembali untuk melawan perluasan kekuasaan Dai Viet di akhir abad ke-14.
Raja Che Bong Nga (Che Bunga) yang beragama Islam berkahwin dengan Dewi Nareswari (Siti Zubaidah) iaitu anak perempuan Raja Bharubhasa yang memerintah Kerajaan Jembal di Kelantan pada masa itu.
Raja Bharubhasa menurut sejarah Kelantan dikenali sebagai Sultan Mahmud Syah Sultan Jidah.
Berlaku satu peperangan antara Dai Viet dengan Champa di mana Raja Che Bong Nga keluar dari istana secara senyap tanpa pengetahuan permaisurinya, Siti Zubaidah.
Namun akhirnya Raja Che Bong Nga dan empat orang pengawal setianya ditangkap dan ditawan oleh Duong Khuong dan enam orang puteri Viet.Che Bong Nga dan empat pengawalnya ditawan dan dibawa ke Hanoi lalu dimasukkan ke dalam satu perigi beracun.
Permaisuri Siti Zubaidah yang sedang hamil keluar mengembara ke kota Hanoi mencari suaminya.
Beliau menyamar sebagai seorang pahlawan lelaki yang gagah. Dengan menggunakan tipu muslihat, beliau berjaya membebaskan Che Bong Nga (Sultan Zainal Abidin) dan pengikutnya dari perigi beracun.
Dalam satu pertempuran menentang Dai Viet, Che Bong Nga disokong oleh bantuan tentera Melayu dari Segenting Kra.
Permaisurinya turut menyertai peperangan tersebut dengan menyamar sebagai lelaki tanpa diketahui suaminya.
Dalam perang ni, tentera Champa mencapai kemenangan dan Duong Khuong dan enam orang puteri Viet berjaya ditawan. Duong Khuong dibebaskan setelah memeluk agama Islam dan berkahwin dengan Che Bong Nga.
Pada masa itu, permaisuri Siti Zubaidah turut membongkarkan identitinya di hadapan suaminya yang selama ini menyamar sebagai seorang lelaki walaupun ada di sisi suaminya. Che Bong Nga akhirnya bertemu semula dengan permaisurinya.
Di bawah pimpinan Raja Che Bong Nga (Che Bunga), Champa berjaya takluk wilayah Dai Viet termasuk ibu kotanya, Hanoi. Namun, kemenangan ni tak bertahan lama.
Seorang laksamana Champa, La Khai berbuat khianat kepada Champa dengan memberitahu lokasi perahu Che Bong Nga kepada tentera Dai Viet.
Dai Viet serang semula dan Raja Che Bong Nga akhirnya terbunuh. Setelah kematiannya, Champa mula merosot dan akhirnya ibu kotanya Inderapura ditakluk oleh Dai Viet pada tahun 1471.
Banyak orang Cham kemudian menjadi pelarian. Ada antaranya berhijrah ke Kemboja, sementara yang lain berpindah ke Kelantan dan Melaka dan beberapa menjadi pembesar di sana. Salah seorang putera kerajaan Champa mendirikan Kesultanan Aceh di Sumatera, Syah Po Ling anak Raja Syah Po Kubah.
Oleh: Azizul Farhan
___
KLAB dah berlangsung harini! Kami lancarkan KITAB TAMADUN MELAYU II yang bakal bawa korang menelusuri kerajaan-kerajaan Melayu yang pernah wujud satu ketika dahulu!
Mari rapat-rapat, kami sediakan bab-bab percuma hanya untuk korang! https://thepatriots.store/feb24/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source