Ibu Hamil Berhati-hatilah, Salah Posisi Tidur Boleh Sebabkan Bayi Mati Mengejut
Ibu-ibu hamil berhati-hatilah ketika tidur. Jika salah posisi tidur, mama boleh membahayakan bayi dalam kandungan. Posisi tidur memberikan impak besar kepada janin dalam kandungan. Silap kedudukan boleh buat bayi mati dalam kandungan!
Menginjak ke trimester kedua dan ketiga, ibu hamil lazimnya akan menghadapi masalah untuk tidur kerana saiz kandungan yang makin membesar. Janin yang semakin membesar dan aktif juga membuatkan ibu menghadapi kesukaran melelapkan mata pada waktu malam.
Ibu Hamil Berhati-hatilah
Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, posisi tidur ibu hamil juga perlu sentiasa dipantau. Jika salah kedudukan, ia boleh menggugat nyawa si kecil. Saranannya ini perlu diikuti bagi mengurangkan risiko kematian janin dalam kandungan.
Berikut ialah perkongsian beliau;
Posisi tidur ibu mengandung salah satu sebab bayi mati secara mengejut dalam kandungan. Betul ke?
Mesti tiada orang bagi tahu tentang perkara ini bukan?
Posisi tidur ibu mengandung ini macam-macam jenis. Yang biasa diamalkan adalah tidur secara terlentang dengan perut yang besar itu bukan?
Salah Posisi Tidur Boleh Sebabkan Bayi Mati Mengejut
POSISI TIDUR MELENTANG PERLU DIELAK. GANGGU PEREDARAN DARAH!
Ada kajian klinikal menyatakan bahawa posisi tidur terlentang ini mengganggu peredaran darah kembali ke jantung disebabkan rahim yang makin membesar.
Makin besar rahim, makin kuat tekanan yang diberikan kepada salur darah (inferior vena cava). Konsepnya lagi banyak pulangan darah ke jantung, lagi kuat daya mengepam jantung ke seluruh bahagian badan termasuklah darah yang sampai ke rahim seterusnya ke placenta/uri.
Dengan baring terlentang ini, kurang darah sampai dan pulang ke jantung, maka daya pengepaman jantung kurang dan kurangnye darah sampai ke organ organ penting.
IBU HAMIL DISARAN TIDUR MENGIRING KE KIRI
Posisi tidur yang dicadangkan adalah dengan tidur mengiring kiri (left lateral). Kajian telah membuktikan untuk ibu yang tidur mengiring pada umur kehamilan lebih 20 minggu pengepaman jantung (ejection fraction) meningkat sebanyak 8 %.
Untuk ibu yang 32 minggu, dengan tidur keadaan mengiring kiri, pengepaman jantung (ejection fraction) naik sebanyak 11% .
Atau dalam erti kata lain, makin kurang tekanan rahim yang besar itu diberikan pada salur darah belakang rahim (inferior vena cava) lagi bagus darah yang akan dipulangkan ke jantung.
TELAH DISIMPULKAN BAHAWA IBU YANG TIDUR MELENTANG, MENINGKATKAN RISIKO BAYI DALAM KANDUNGAN MENINGGAL SECARA TIBA-TIBA SEBANYAK 3.7 KALI (TANPA ADA FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB LAIN MENYEBABKAN BAYI MATI SECARA TIBA-TIBA).
MESTI TIDUR MENGIRING KE KIRI APABILA MASUK TRIMESTER KETIGA
Posisi tidur mengiring kiri lebih-lebih lagi pada usia kandungan trimester ketiga (ataupun perut sudah besar) dapat mengurangkan risiko bayi mati mengejut dalam kandungan sebanyak 9%.
Kalau Allah sudah kata, kehamilan itu setakat itu sahaja, apa daya sekalipun bayi itu akan meninggal juga bukan? Tapi ini adalah sesuatu yang boleh diikhtiarkan untuk mengurangkan kejadian bayi mati secara mengejut dalam kandungan.
Mak buyung, jangan tidur terletang. Tidur mengiring kiri boleh.
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai perubatan
Kesihatan wanita & Kehamilan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source