Jangan Lupa Kemasukan Prasekolah KPM Dibuka Bermula 1 Mac, Ini Panduan Cara Mohon Untuk Ibubapa!
Permohonan baharu Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sesi akademik 2025/2026 akan dibuka bermula 1 Mac 2024 ini.
Terdapat dua kaedah permohonan iaitu secara dalam talian dan secara manual bagi memudahkan ibubapa lebih mudah membuat permohonan.
Sebagai panduan untuk ibubapa, berikut merupakan cara dan panduan untuk memohon.
Bagi membuat permohonan baru pra sekolah KPM untuk tahun 2025/2026 permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang rasmi iaitu: https://eprasekolah.moe.gov.my
Tarikh permohonan ini secara dalam talian bermula pada 1 Mac 2024 hingga 30 April 2024.
Semakan juga boleh dibuat mulai 5 Ogos 2024. (Tertakluk kepada pindaan).
Ini panduan untuk ibubapa:
– Layari laman sesawang rasmi iaitu: https://eprasekolah.moe.gov.my.
– Daftar pengguna
– Log masuk
– Klik borang permohonan pra sekolah
– Lengkapkan maklumat
– Pilih sekolah yang dipohon
– Pengesahan permohonan oleh ibubapa/penjaga
– Hantar permohonan dalam talian selewatnya 30 April 2024.
– Cetak permohonan
– Hantar cetakan borang beserta dokumen lengkap selewat-lewatnya 31 Mei 2024.
– Semak keputusan dalam talian
Permohonan secara manual
Manakala bagi permohonan secara manual, ibubapa boleh membuat permohonan melalui sekolah.
Ia turut dibuka bermula 1 Mac 2024 hingga 31 Mei 2024. Ibu bapa boleh mendapatkan borang permohonan di sekolah yang dipohon.
Semakan juga boleh dibuat melalui sekolah yang dimohon mulai 5 Ogos 2024 (tertakluk kepada pindaan).
Ini panduan untuk ibubapa:
– Ambil borang permohonan di sekolah yang ingin dimohon
– Lengkapkan borang permohonan
– Sediakan dokumen yang diperlukan
– Hantar borang permohonan berserta dokumen yang berkaitan ke sekolah yang dipohon selewat-lewatnya 31 Mei 2024.
– Semak keputusan permohonan melalui sekolah yang dipohon.
Syarat permohonan kemasukan:
1. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja.
2. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2019 hingga 15 Januari 2021 sahaja yang layak untuk memohon.
Ibu bapa adalah dinasihatkan dan dibenarkan untuk membuat satu pilihan sekolah sahaja.
Pemilihan murid pula dilaksanakan di peringkat sekolah melalui Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah dan keputusan adalah muktamad.
Semoga bermanfaat!
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source