Netizen pertikai ‘outlet’ kedua kedai makan Ustazah Asma’ -“Kata rugi setiap bulan?”
Netizen pertikai pembukaan cawangan kedua kedai makan pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun selepas mendakwa premis yang terletak di Seremban tak mampu tanggung kerugian lebih RM30,000 setiap bulan.
Kedai makan Ustazah Asma’ Harun terpaksa ditutup
Sebelum ini, pendakwah selebriti itu memaklumkan dia terpaksa menutup operasi kedai makannya setelah melakukan pelbagai usaha bagi menampung kerugian lebih RM30,000 setiap bulan.
Ustazah Asma’ berkata, pihaknya telah melakukan pelbagai usaha termasuklah membuat pinjaman, menjual aset-aset serta menggadaikan barangan kemas miliknya.
Dedahnya, walaupun kedai tersebut baru beroperasi kurang tiga bulan dan terletak di kawasan strategik, namun harga kos bahan mentah yang semakin meningkat telah membuatkan dia berbuat demikian.
“Setiap bulan kita negatif RM30,000. Contohnya, lepas sebulan kita berniaga, akauntan beritahu ada RM2,000 je dalam akaun. Saya tanya semula ‘habis tu nak byr gaji pekerja berapa perlu’.
“Akauntan pun beritahu bayar gaji pekerja nak dekat RM30,000. Bayar sewa pula kena cari lain. Kami buat macam mana, kami pinjam. Kami keluarkan simpanan ada, kami cairkan aset apa yang ada, semua kita jual.
“Barang kemas kita jual, simpanan kita keluarkan. Sampai bulan ini kami dah tiada apa-apa dah untuk kami tampung lagi. Ni bulan yang terakhir sebab kita nampak jualan masih sama,” katanya.
Artikel lain: Ustazah Asma’ Harun dakwa filem La Luna perlekeh agama, rendahkan agamawan
Ustazah Asma’ tak sanggup naikkan harga di kedai
Tambah Ustazah Asma’ lagi, pihaknya tidak sanggup menaikkan harga makanan walaupun kos bahan mentah dan operasi semakin meningkat kerana tidak mahu membebankan para pelanggan.
“Kita nak naikkan harga kita tak sanggup padahalnya kos operasi untuk restoran lagi-lagi ada makanan laut sangatlah tinggi. Harga barang sebenarnya sangat mahal sekarang, semua mahal,” luahnya.
Ekoran itu, Ustazah Asma’ mencari mana-mana individu yang sanggup membeli perniagaan dan kedainya bagi memastikan tempat tersebut terjaga rapi.
Luahnya, antara faktor dirinya tidak dapat fokuskan kepada perniagaan restorannya itu juga adalah kerana jadual dakwahnya yang sangat padat.
@ar_rayyanchannel Sesiapa yang berminat untuk membeli Restoran Momen, sila hubungi Ustazah Asma Harun dengan segera..Tolong share kepada sahabat-sahabat yang lain #ustazahasmaharun
Kata rugi, kenapa buka kedai kedua?
Bagaimanapun, meninjau di platform X (dulu dikenali Twitter) mendapati terdapat warganet mempersoal tindakan Ustazah Asma’s Harun membuka cawangan kedua premis tersebut pada November lalu.
“Eh eh, kata rugi sebab harga barang mahal. Dah tu, kenapa buka Momen 2 (nama kedai) pula ni?”soal pengguna platform X.
Konsep tak sesuai
Tidak kurang juga ada yang meluahkan pandangan dengan menyatakan konsep yang diketengahkan oleh Ustazah Asma’ di restoran tersebut adalah tidak bersesuaian, lebih-lebih lagi membuatkan pelanggan membuka kasut terlebih dahulu.
Sementara itu, hasil tinjaun di Google, ‘Momen Kafe’ mendapat 3.4 rating di samping segelintir pelanggan meluahkan ketidakpuasan hati dengan servis yang diterima.
Sumber: X Missmeow7777, TikTok @ar_rayyanchannel
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source