Korang pernah tak dengar nama Legeh? Jarangkan dengar nama tempat ni? Legeh ni dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud rebung antara dua saliran.
Legeh berpusat di Ayer Lanas, Jeli. Legeh semasa pemerintahan Tuan Long Deraman bersempadan dengan Jembal di Kota Kubang Labu. Sebelah baratnya bersempadan dengan Reman, utaranya pula ialah Pujut dan Sai di timur laut.
Legeh ialah wilayah autonomi bagi Kesultanan Patani sama seperti Reman.
Legeh ni asal usul dia agak samar-samar berbanding dengan sejarah Reman, yang warisnya masih wujud sehingga hari ini.
Catatan yang berkenaan pemerintah Legeh adalah berdasarkan kepada Carta Salasilah Keturunan Raja-Raja Kelantan catatkan salah seorang anak Long Nik Dato Pujud, yang bernama Long Abdul Rahman (Long Deraman) jadi Raja Legeh sebelum tahun 1749.
Tapi macam mana Legeh ni lenyap dan tak wujud kerajaannya sekarang?
Kedaulatan Legeh berakhir di zaman Tuan Nik Dah (Nik Diah), Raja Legeh terakhir terpaksa berundur dalam perang antara Patani dan Siam 1832.
Tuan Nik Diah Raja Legeh, Tuan Nik Dih Raja Nongcik, Tuan Kundur Raja Jala dan Tuan Sulong Raja Patani bersama tentera negeri masing-masing berjuang mempertahankan Patani.
Raja-Raja dari empat negeri Patani itu telah bersatu dengan Tengku Kudin putera Raja Kedah dalam peperangan tersebut. Turut membantu ialah 5,000 tentera dari Terengganu dan 3,000 tentera dari Kelantan.
Bagaimana pun, tentera Siam dari gabungan Chenak, Singgora, Ligor dan Bangkok jauh melebihi jumlah tentera Melayu. Tengku Kudin syahid, pertahanan tentera Kedah turut lumpuh.
Tuan Nik Dih Raja Nongcik mangkat dan akhirnya tentera Melayu terpaksa berundur untuk susun strategi dari luar Patani.
Setelah berundurnya Tuan Nik Dah dari Legeh, Nai Phya lantik orang kepercayaan dan setia kepadanya, Nik Bongsu menjadi Raja Legeh. Nik Bongsu pindahkan pusat pentadbiran Legeh ke Tanjung Mas.
Negeri Legeh akhirnya tumbang ke tangan Siam akibat pengkhianatan terhadap bangsa.
Ayer Lanas, Jeli yang merupakan ibu negeri bagi Legeh sebelum ia dipecahkan pada 1902 menerima nasib yang lebih malang lagi dengan Perjanjian Bangkok 1909.
Kini Legeh terletak dalam wilayah Narathiwat, Thailand dan sebahagian lagi terletak dalam Malaysia, iaitu di Jajahan Jeli, Kelantan.
Nama Legeh makin pudar setelah masyhur selama hampir 300 tahun sebagai salah satu pusat dakwah di Patani.
Oleh: Azizul Farhan
___
Jangan lupa KLAB akan berlansung tak lama lagi! Kami akan lancarkan buku baru kami iaitu KITAB TAMADUN MELAYU II yang bakal bawa korang menelusuri kerajaan-kerajaan Melayu yang pernah wujud satu ketika dahulu!
Sementara tunggu, kami sediakan bab-bab percuma hanya untuk korang! https://thepatriots.store/feb24/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source