Isu tutup kafe jadi bahan sindiran, Ustazah Asma’ terima dengan lapang dada
Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun atau biasa disapa Ustazah Asma’ terima dengan lapang dada segala sindiran dan pelbagai kata hinaan susulan pengumuman penutupan kafe miliknya.
Maafkan semua yang kecam
Ujarnya menerusi hantaran di Facebook, dia telahpun memaafkan semua kecaman, makian, hinaan, sangkaan buruk serta pelbagai lagi kata-kata negatif yang dilontarkan kepadanya.
Ustazah Asma’ terima dengan lapang dada, minta hentikan fitnah
Dalam pada itu, pendakwah berkenaan telah menulis penjelasan berkenaan isu penutupan kafenya susulan banyak salah faham diterima terutama alasannya menghentikan pengoperasian disebabkan kenaikan harga bahan mentah.
“Sangat terkilan apabila banyak pihak yang memutarbelit, menokok tambah dan memberi gambaran bahawa seolahnya saya menyalahkan pihak KERAJAAN, susulan kenyataan saya bahawa kenaikan harga barang yang menjadi antara faktor kerugian.
“Saya mohon hentikan kenyataan berbaur fitnah ini. Saya tidak pernah sekalipun menyebut walau sepatah perkataan yang mengaitkan pihak kerajaan dengan situasi ini. Kenaikan kos sara hidup adalah ISU GLOBAL, bukan hanya di negara MALAYSIA.
“Bahkan di Tanah Suci Makkah Madinah juga harga makanan turut naik mendadak.
“Seperti dinyatakan, antara faktor utama kerugian ialah penetapan harga yang tidak tepat seiring kenaikan kos bahan mentah semasa. Puncanya kami agak keberatan menaikkan harga, kerana mahu para pelanggan dapat menikmati sajian pada harga yang berpatutan,” jelasnya.
Ustazah Asma’ terima dengan lapang dada, jelaskan punca umum secara live
Walaupun menerima pelbagai kecaman disebabkan isu terbabit, Ustazah Asma’ menerima segala kritikan tersebut dengan lapang dada dan menyedari bahawa banyak kerja yang dilakukan tidak sempurna sebelum ini.
Ujarnya, dia mengumumkan penutupan kafe miliknya secara siaran langsung bertujuan untuk memberitahu para pelanggan yang mungkin datang dari jauh agar tidak kecewa apabila datang ke lokasi namun terdapat notif penutupan.
“Tujuan utama pengumuman dibuat secara live adalah kerana ramai pelanggan kami datang daripada jauh, termasuk daripada Singapura. Maka ‘Live’ adalah saluran yang paling cepat dan berkesan, saya tidak mahu mereka hanya tahu premis ditutup melalui notis yang ditampal. Ia pasti menyusahkan dan mengecewakan,“katanya.
Artikel lain: Netizen pertikai ‘outlet’ kedua kedai makan Ustazah Asma’ -“Kata rugi setiap bulan?”
Perniagaan yang lain masih lagi stabil
Namun begitu, beliau menyatakan bahawa perniagaan-perniagaannya yang lain masih berjalan dengan baik dan lancar. Kafe Momen yang dibuka sebelum ini merupakan antara cabang perniagaan mereka.
Susulan daripada itu, beliau berharap agar orang ramai dapat berkata yang baik-baik sahaja dan seeloknya diam daripada terus menyakiti oerang lain.
“Berkatalah yang baik, atau sebaiknya diam daripada menyakiti. Doakan semoga Allah sentiasa memberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan jihad ekonomi ini,” katanya lagi.
Terdahulu, pendakwah selebriti itu memaklumkan dia terpaksa menutup operasi kedai makannya setelah melakukan pelbagai usaha bagi menampung kerugian lebih RM30,000 setiap bulan.
Pihaknya telah melakukan pelbagai usaha termasuklah membuat pinjaman, menjual aset-aset serta menggadaikan barangan kemas miliknya.
Sumber: Facebook Ustazah Asma’ Harun
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source