Shakilla Khoriri menangis, sedih anak dah pandai tinggikan suara
Pelakon Shakilla Khoriri menangis apabila sedih mengenangkan perubahan anak tunggalnya, Ameena Sofie yang sejak kebelakangan ini didakwa bersikap kasar.
Shakilla Khoriri menangis sebab anak
Shakilla atau nama sebenarnya Nurul Shakillah Mohd. Khoriri menyatakan dirinya pasti akan terasa dan menangis apabila seseorang berkasar atau meninggikan suara terhadapnya termasuk anak.
“Pantang orang bersuara kasar atau (nada) tinggi sikit. Aku mesti terasa termasuklah dengan Ameena Apabila akhir-akhir ini dia bercakap suka tinggi suara dan kasar.
“Sampai tak tertanggung rasa sedih dan akhirnya jatuh juga air mata Umi (panggilan Shakilla) pagi-pagi hari sambil memandu ke sekolah,”kongsinya.
Artikel lain: Shakilla Khoriri akan kongsi tentang perkahwinan, ralat majlis ‘diceroboh’ orang luar
Shakilla Khoriri menangis, dah didik anak jaga adab
Ujar Shakilla, dia sentiasa mendidik anak perempuannya untuk menjaga lisan serta adab sejak kecil lagi.
Berkongsi mengenai perubahan sikap Ameena, sebagai ibu dia bukanlah mahu mencari punca sebaliknya solusi agar anaknya itu kembali seperti dulu.
Dedahnya, dia tidak pernah sesekali meninggikan suara kepada Ameena dan disebabkan itulah dia terasa sehingga tidak tahan menanggung rasa sedih.
“Berkali-kali tegur. Malas nak libatkan pergaulan dia dengan kawan-kawan atau sesiapa sahaja. Bagi aku, aku emak, aku kena cari solusi macam mana cara nak ajar atau buang cara percakapan macam tu pada Ameena.
“Takut terbiasa dan bawa sampai ke besar atau pada orang luar. Beratnya rasa bila anak-anak dah besar ini,”luah Shakilla.
Menerusi hantaran di laman Instagram, aktres berusia 34 tahun itu turut menyifatkan setiap masa diluangkan bersama anaknya yang baru berusia lima tahun itu sangat bermakna.
Katanya, walaupun berjiwa kental, perkara membabitkan Ameena boleh membuatkan hatinya menjadi rapuh dan lemah.
“Makin besar makin mengadakan menjadi-jadi, tapi tidak apa biarlah nak mengada pun, bukan banyak masa lagi dengan Ameena. Nanti dah besar nak peluk cium pun mungkin dah tak nak.
“Selagi ada masa dan peluang, Umi manfaatkan. Aku ini tengok macam pengkid, kerja berat boleh buat, uruskan semua pasal anak sendiri tapi aku lemah bab hati, ada macam-macam bunga,”kongsinya lagi.
Shakilla juga berkata, dia juga pasti akan merindui setiap pengalaman dilalui bersama Ameena selain tidak sabar untuk bercerita tentang hal tersebut apabila anaknya dewasa kelak.
Sekadar info, Ameena Sofia merupakan anak tunggu hasil perkahwinan Shakilla Khoriri dengan penyampai radio Fizi Ali.
Bagaimanapun, mahligai rumah tangga pasangan yang dibina pada 2018 itu tidak kekal lama kerana mampu bertahan selama tiga tahun.
Terdahulu, media melaporkan Shakilla kembali bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya, Fariz dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Shah Alam, Selangor pada 24 Februari lalu.
Sementara itu, Fizi Ali pula terlebih dulu bertemu jodoh dengan usahawan yang juga ibu tunggal anak satu pada 23 Oktober tahun lalu
Sumber: Instagram Shakilla Khoriri
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source