Dah Ada Scammer Di Zaman Mesopotamia!
Korang biasa tak dengar orang komplen satu-satu seller sebab seller jual benda yang tak berkualiti?
Benda ni dah jadi sejak zaman Mesopotamia lagi! Siap jadi meme lagi sekarang.
Memperkenalkan kepada korang, tablet komplen Ea-nāṣir. Tablet ni ialah rekod tertua bertulis dalam Bahasa Akkadia bertulisan Cuneiform berkenaan aduan pelanggan.
Lebih kurang 3,770 tahun yang lalu, seorang pedagang bernama Nanni komplen pasal seorang pedagang bernama Ea-nāṣir di Bandar Ur.
Nanni tulis dalam tablet tu, “Aku nak buat kau merana!”
Apa sebenarnya yang dikomplen oleh Nanni ni?
Nanni komplen Ea-nāṣir sebab si Ea-nāṣir ni hantar tembaga yang berkualiti rendah tak seperti yang dijanjikan kepada Nanni.
Ea-nāṣir pun tak hormat Nanni dan utusannya siap rembat duit si Nanni ni sebanyak satu mina perak. Bila utusan Nanni ni cabar pasal kualiti tembaga, Ea-nāṣir tolak dengan kasar. Nampak sangat la dia ni kaki scam punya orang.
Punya bengang si Nanni ni kena scam, dia pahat habis depan belakang tablet tu maki Ea-nāṣir, dan ni adalah terjemahan tablet rungutan Nanni:
“Beritahu Ea-nāṣir, ni mesej Nanni kepada dia:
Sebelum ni kau riak kata bagi aku jongkong tembaga kualiti bagus, tapi yang aku dapat semua tak bagus.”
Punya la bongkak si Ea-nāṣir ni siap cakap, “Kalau nak, ambik. Kalau kau taknak, kau blah!”
Si Nanni ni memang bengang la sebab tembaga berkualiti rendah dan tak beradabnya Ea-nāṣir ni dengan Nanni.
Nanni tolak tembaga yang kualiti rendah ni dan siap cakap, “baik aku kutip dekat belakang rumah aku je.” Lebih kurang macam tu la kata si Nanni ni.
Nanni siap ancam nak buat Ea-nāṣir ni merana sebab perlakuannya yang tak menghormati pembeli.
Rupanya, bukan Nanni sorang je tak puas hati dengan Ea-nāṣir. Dekat Muzium British ada berlambak bukti pasal scam tembaga si Ea-nāṣir ni.
Tak sangka jugak la zaman Mesopotamia yang sezaman Nabi Ibrahim (as) ni pun dah ada customer service.
Oleh: Azizul Farhan
___
Kuala Lumpur Alternative Bookfest (KLAB) akan berlangsung pada 22 Feb hingga 25 Feb, dan pastinya kami, The Patriots akan berada di KLAB dengan buku-buku baharu khas buat anda semua!
Akan datang di KLAB ini, TAMADUN UNTUK PEMULA yang akan membawa pembaca ke masa silam dan meneroka kisah 30 tamadun dunia! Jangan lupa berkunjung ke KLAB nanti!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source