Lelaki Ilham Matematik, S. Ramanujan
Korang pernah tengok filem The Man Who Knew Infinity lakonan Dev Patel tak?
Kalau pernah mesti korang kenal dengan Srinivasa Ramanujan, genius dalam bidang Matematik yang berasal dari Madras, India.
Walaupun dilahirkan dalam keluarga sederhana, Ramanujan tunjuk bakat matematik yang luar biasa sejak usia 11 tahun, ketika dia habiskan buku teks matematik dari jirannya yang belajar di kolej.
Minatnya terhadap matematik sangat mendalam, dan dia menerima banyak penghargaan dari sekolahnya. Contohnya, dia berhasil membaca buku matematik A Synopsis of Elementary Results in Pure and Applied Mathematics, yang berisi hampir 5,000 teori matematik.
Setelah menamatkan sekolah, Ramanujan dapat tawaran biasiswa untuk belajar di Government Arts College di Kumbakonam, tetapi dia gagal dalam mata pelajaran lain selain matematik. Biasiswanya ditarik dan dia kena pindah ke kolej lain dekat rumahnya, tetapi kejadian yang sama berulang.
Meskipun hidup dalam keadaan miskin, Ramanujan terus hasilkan kajian dan teori matematik baru. Dia hantar karyanya kepada Persatuan Matematik India dan dapat perhatian beberapa ahli, tapi ada yang curiga dengan hasil kerjanya.
Dengan bantuan V. Ramaswamy Aiyer, hasil kerja Ramanujan akhirnya diterbitkan, meskipun dia takde kelayakan matematik formal.
Kemudian, hasil kerjanya dikirim ke England. G. H. Hardy, seorang pakar matematik British terpesona dengan karyanya tetapi mendapati ianya kurang formal.
Hardy perkenalkan Ramanujan kepada masyarakat matematik di Cambridge yang kagum dengan karyanya. Walaupun Hardy nak bekerjasama dengannya di England, Ramanujan dihalang oleh kepercayaan agamanya dan berkahwin pada usia muda.
Akhirnya, atas “mimpi” ibunya, Ramanujan diberi izin untuk pergi ke England. Di sana, dia bekerja dengan Hardy untuk buktikan teorinya.
Semasa Hardy tanya kepada Ramanujan macam mana dia dapat teori-teori ni, Ramanujan jawab “aku mendapat teori matematik aku terus dari Dewi Namakkal.” Jawapan yang membuatkan Hardy terkedu.
Walaupun karyanya elegan, kekurangan pembuktian jadi masalah. Ramanujan juga menghadapi kesulitan dalam menyesuaikan diri dengan kehidupan di London dan menghidap Tuberkulosis.
Setelah lima tahun di London, Ramanujan pulang ke India, menerima ijazah dan penghargaan serta dilantik sebagai Felo bagi Royal Society di Cambridge, tetapi apakan daya dia meninggal dunia pada usia muda pada tahun 1920.
Karya-karyanya dalam matematik mempengaruhi bidang lain seperti Fizik Kuantum, terutamanya dalam String Theory dan kajian lohong hitam.
Salah satu karyanya yang kontroversial adalah hasil tambah bagi nombor hingga infinity yang memberi nilai -1/12, yang kemudian digunakan dalam Fizik Kuantum.
Oleh: Azizul Farhan
___
Kuala Lumpur Alternative Bookfest (KLAB) akan berlangsung di Pasar Seni Kuala Lumpur pada 22 Feb hingga 25 Feb, dan pastinya kami, The Patriots akan berada di KLAB dengan buku-buku baharu khas buat anda semua! Jumpa kami di sana!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source