Raf Yaakob ‘angau’ selepas pertemuan tanpa sengaja
Pelakon dan usahawan, Raf Yaakob ‘angau’ selepas asyik bertembung dengan seorang wanita beberapa kali sejak kebelakangan ini.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Raf memuat naik satu foto memaparkan wanita yang telah berjaya membuatkan hatinya bergetar.
Namun begitu, Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob merahsiakan identiti wanita itu dengan menutup wajahnya menggunakan emoji berbentuk hati berwarna putih.
Pada ruangan kapsyen, pelakon berusia 39 tahun itu berkata bahawa kali pertama dia melihat wanita berkenaan ketika menghadiri satu majlis.
“Saya bertemu kali pertama dengan dia di satu majlis. Saya hanya nampak dia dari jauh dalam masa 10 minit dan dia tinggalkan majlis.
“Beberapa minggu kemudian, kami terserempak. Kali ini di dalam pusat beli belah, di eskalator. Saya turun ke bawah, dia naik ke atas. Memang sangat random,” katanya.
Tambah Raf, dia sempat melemparkan senyuman dan menurut aktor itu, wanita berkenaan turut membalasnya dengan senyuman.
“Saya senyum kat dia, senyum biasa-biasa je. Saya cuma bersopan, tapi saya rasa dia senyum balik pada saya.
“Melting jap, tapi lucu dan pelik,” ujarnya.
Raf Yaakob ‘angau’ selepas pertemuan tanpa sengaja
Dalam pada itu, Raf turut menyatakan bahawa sejak daripada pertemuan itu, dia seringkali melihat wajah wanita berkenaan di Instagramnya.
Artikel lain: Isteri tidak lagi berhijab, Raf Yaakob enggan panjangkan isu
“Selepas hari itu, wajah dia ada kat mana-mana di Instagram saya. Banyak kawan yang sama kot. Dan sekarang ni, awak tiba-tiba muncul! Sejujurnya, saya fikir awak akan cakap ‘tak’. Tapi, yeahh….
“Apa-apa pun, pasal semalam saya kena mengaku. Awak membuatkan hati saya bergetar,” katanya.
Malahan, Raf turut memuat naik satu video memaparkan wanita tersebut sedang berjalan dengan kapsyen ‘itukah dirimu’.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tertanya-tanya siapakah gerangan wanita yang berjaya membuatkan Raf Yaakob ‘angau’ dan mencuri hati aktor berkenaan.
Siapakah dia agaknya?
Raf Yaakob ‘angau’ ke, tak sabar nak tahu siapa!
Siapa gadis itu?
Dalam pada itu, ramai netizen yang berkata perkongsian itu pasti ada plot twist yang mana ia hanyalah marketing bagi sebuah produk.
Tu mama Raf ke?
Ni agent insurans tu ke
Raf Yaakob ‘angau’, saya tunggu plot twist je….
Terdapat juga warganet yang mendoakan agar adik kepada cef selebriti, Fazley Yaakob ini agar bahagia bersama pasangannya.
Semoga bertemu jodoh yang baik dan solehah
Saya gembira untuk awak, Raf!
Tidak kurang pula warga maya yang menyatakan bahawa wanita itu merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia yang baru-baru ini berkongsi ciri-ciri lelaki idamannya.
Macam Amira Othman
Sekadar info, Raf pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Mawar Rashid pada 9 November 2017 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad, Raden Seri Rosabella Cinta dan Raden Seri Riyanna Sayang.
Namun begitu, pasangan berkenaan telah bercerai pada November tahun lepas atas sebab yang masih belum diketahui.
Sementara itu, Raf juga memiliki dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seru Raysaa Chanela.
Sumber: Instagram Raf Yaakob
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source