Asid Folik, Bila Waktu Sesuai Nak Makan, Ini Fakta Mama Mesti Ambil Tahu
Asid folik penting untuk membantu mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan janin termasuk tiub saraf. Asid folik adalah suplemen vitamin B yang perlu diambil oleh wanita yang ingin hamil dan juga ketika hamil.
Asid folik membantu badan untuk mengurai, mengguna dan membina protein baharu adalah blok binaan bagi sel-sel kita. Ia juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan DNA dan pembentukan sel darah merah.
Asid Folik, Bila Waktu Sesuai Nak Makan
Ramai ibu-ibu hamil tertanya-tanya terutama ibu yang hamil kali pertama tentang waktu yang sesuai untuk makan asid folik. Adakah asid folik sesuai dimakan pada waktu pagi, petag atau malam?
Ketahui cara selamat dan betul untuk mengambilnya.
APA ITU ASID FOLIK?
Sebelum mengetahui waktu sesuai makan asid folik, jom kita fahami secara ringkas mengenai suplemen ini.
Asid folik merupakan bentuk folat sintetik – buatan manusia. Folat adalah sejenis vitamin B.
Folat diperlukan oleh setiap individu. Tetapi bagi ibu hamil, ia menjadi amat penting kerana peranannya dalam mencegah keabnormalan kelahiran.
Asid folik bersifat larut air, yang membolehkan tubuh memetabolismekannya dengan cepat.
Keperluan harian individu dewasa untuk asid folik adalah 400 mikrogram (mcg). Ia akan meningkat kepada 600 mcg semasa mengandung dan kemudiannya berkurangan kepada 500 mcg bagi ibu menyusu.
ASID FOLIK VS FOLAT
Asid folik adalah bentuk folat yang dihasilkan – vitamin B penting yang boleh didapati secara semula jadi.
Selain suplemen, sumber vitamin B lain adalah seperti makanan yang diperkaya dengan asid folik seperti bijirin sarapan pagi.
Terdapat pelbagai makanan lain termasuklah bayam, avokado dan pisang, turut mengandungi folat – bentuk semula jadi vitamin ini.
Ini Fakta Mama Mesti Ambil Tahu
WAKTU SESUAI MAKAN ASID FOLIK: FAHAMI MANFAATNYA:
Asid folik membantu badan membuat sel-sel baru, termasuk sel darah merah.
Individu yang tidak mendapat asid folik mencukupi berisiko mengalami keadaan yang disebut sebagai anemia kekurangan folat.
Ia bermaksud tubuh tidak berupaya menghasilkan sel darah merah mencukupi untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Kemerosotan ini boleh menjejaskan banyak aspek kesihatan, termasuklah fungsi organ.
Semasa mengandung, tubuh memerlukan lebih banyak asid folik kerana ia turut memainkan peranan penting dalam membantu janin membesar dan berkembang.
Salah satu peranannya yang penting adalah untuk mencegah kecacatan tiub saraf, termasuklah spina bifida dan anencephaly.
Spina bifida adalah keadaan di mana tulang saraf tunjang tidak tertutup sepenuhnya. Ia boleh menyebabkan pelbagai kecacatan yang boleh menjejaskan pembangunan, mobiliti dan kesihatan keseluruhan.
Bayi dengan anencephaly pula sama ada tiada otaknya tidak berkembang atau perkembangan yang sangat sedikit. Dalam kebanyakan kes, anencephaly boleh membawa maut – sama ada di dalam rahim atau sejurus selepas kelahiran.
Sering kali kesemua kecacatan ini berisiko terjadi semasa 28 hari pertama kehamilan – biasanya sebelum seseorang wanita itu mengetahui dirinya hamil.
WAKTU SESUAI MAKAN ASID FOLIK
Mana-mana wanita yang ingin merancang untuk mengandung harus mula mengambil suplemen asid folik sebelum kehamilan berlaku.
Waktu sesuai makan asid folik adalah semasa mencuba untuk mengandung. Sebaik-baiknya 3 bulan sebelum dan 12 minggu pertama kehamilan. Ini kerana kecacatan tiub neural berisiko tinggi terjadi pada peringkat awal perkembangan janin.
Dos biasa bagi mereka yang ingin mengandung dan wanita hamil di usia 12 minggu pertama ialah 400 mcg dan perlu diambil sehari sekali.
Jika anda mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk melahirkan bayi dengan kecacatan tiub saraf, doktor akan mengesyorkan peningkatan dos sebanyak 5mg, diambil sekali sehari.
Ada juga pakar yang menyarankan ibu mengandung meningkatkan pengambilan asid folik kepada 600 mikrogram, ia bertujuan untuk membantu proses pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam kandungan.
Secara amnya, tiada waktu khusus bagi pengambilan asid folik ini. Walau bagaimanapun, tabiat seperti mengambil vitamin pranatal setiap pagi bersama sarapan, boleh memudahkan anda mengingati pengambilan asid folik ini.
WAKTU SESUAI MAKAN ASID FOLIK PAGI ATAU MALAM?
*Jika perlu mengambil asid folik setiap hari, anda disyorkan memakannya pada waktu yang sama-sama ada pada waktu pagi atau waktu petang.
*Ambil tablet asid folik dengan segelas air.
*Suplemen asid folik ini boleh diambil dengan atau tanpa makanan.
*Jika terlupa mengambil dos harian, ambil ia sebaik sahaja teringat mengenainya. Tetapi jangan sekali-kali mengambil 2 dos untuk menggantikan yang terlupa
*Jika pengambilan asid folik jenis cecair, ia akan disertakan dengan picagari atau sudu plastik untuk membantu mengukur dos yang betul. Sekiranya tiada, dapatkan daripada ahli farmasi. Jangan guna sudu kecil dapur kerana ia tidak dapat mengukur jumlah yang betul.
ASID FOLIK & KESUBURAN:
Asid folik dapat membantu meningkatkan peluang untuk mengandung dan kekal hamil.
Terdapat kajian telah dilakukan pada tahun 2016, melibatkan 4,000 responden wanita dengan pengambilan asid folik. Hasil keputusan menunjukkan peserta yang mengambil suplemen lebih berkemungkinan untuk hamil.
Di samping itu, asid folik boleh membantu mencegah keguguran disebabkan beberapa keabnormalan kelahiran termasuklah kecacatan tiub saraf.
Kesimpulannya asid folik adalah nutrien penting untuk semua tetapi ia menjadi sangat penting semasa kehamilan. Mama yang ingin hamil disyorkan untuk berbincang dengan doktor tentang dos dan waktu sesuai makan folic acid pagi atau malam.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda disarankan merujuk doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.
Kredit: Hello doktor
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source