Mokhzani Ismail nafi ada penjurian awal AJL38
Ketua juri Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38), Datuk Mokhzani Ismail nafi ada penjurian awal AJL38 bagi lagu-lagu yang dipertandingkan di acara berkenaan.
Menurut Mokhzani, juri termasuk dirinya hanya mengadakan sesi pra dengar bagi mendapatkan gambaran mengenai lagu-lagu yang akan dipertandingkan, lapor Media Hiburan.
Foto: Media Hiburan
“Apabila kita menjurikan AJL, ia bukan sekadar mendengar. Kalau mendengar, kita masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kami mengupas lagu-lagu tersebut dalam bentuk notasi.
“Kebiasaannya, kita ada sesi ‘pra dengar’. Desas-desus yang mengatakan ada penjurian awal itu tidak benar. Sebagai ketua juri, saya menyangkal dakwaan itu,” katanya ketika ditemui di sidang media AJL38 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad.
Tambahnya, sesi pra dengar itu penting bagi juri kerana ia membantu mereka memberikan markah yang tepat kepada lagu-lagu yang bertanding.
Artikel berkaitan: Lagu Hasrat nyanyian Amir Jahari dinobat juara AJL 38
“Ketika ‘pra dengar’, kami akan kupas dari segi notasi supaya para juri faham tentang kaedah, format, struktur, kord, perubahan susunan dan genre lagu.
“Hal ini sangat penting kerana kita menjurikan lagu yang pelbagai genre. Jadi, ketika sesi ‘pra dengar’ ini, para juri diberikan tanggungjawabl supaya malam AJL nanti, kita mendapat jawapan yang tepat.
“Kalau tak buat pra dengar, kita hanya ada masa yang sangat suntuk untuk menjurikan 12 lagu selepas semua persembahan selesai,” ujarnya.
Mokhzani Ismail nafi ada penjurian awal AJL38
Foto: Media Hiburan
Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa mustahil untuk melakukan penjurian awal kerana selain melodi, mereka juga perlu menilai kriteria lain seperti lirik, gubahan dan vokal.
“Vokal pula, ada yang berbeza penyanyi daripada audio sebenar dan malam persembahan,” jelasnya.
Sementara itu, Mokhzani turut menyatakan lagu Hasrat nyanyian Amir Jahari dinobatkan juara kerana gubahan melodi dan liriknya saling melengkapi.
“Kami bukan menidakkan keupayaan lagu lain tapi Hasrat berada di tahap yang lebih tinggi. Saya masih terngiang-ngiang dengan naskhah ini sejak daripada separuh akhir.
“Lagu ini senang dinyanyikan dan ‘catchy’ tapi berada di kedudukan terbaik daripada segi garapan melodi dan lirik. Ditambah pula dengan persembahan orkestra.
Foto: Harian Metro
“Jadi, para juri bersetuju untuk meletakkan Hasrat di tempat teratas. Tapi markahnya tidak jauh berbeza dengan lagu Sutera dan Jangan Mati Rasa Itu,” katanya.
Sekadar info, lagu Hasrat nyanyian Amir Jahari berjaya menewaskan 11 lagu lain yang bertanding dan telah dinobatkan sebagai pemenang AJL38.
Terdahulu, tular satu perkongsian di X mendakwa penjurian bagi lagu-lagu yang dipertandingkan di AJL38 telah dilakukan lebih awal.
Ketua juri, Mokhzani Ismail nafi ada penjurian awal AJL38
Terfikir juga kenapa ramalan Lofa selalu tepat. Ada juga dengar orang cakap AJL ni memang depa dah decide dah siapa yang akan menang.
Dulu arwah Adibah Noor ada mentioned pasal ni. This year Aizat Amdan pula spill tea.
Apa pun this year memang Amir Jahari deserved Juara… pic.twitter.com/74Pbr3quD9
— Naz;Naz 🛍🍽 (@_NazriH) March 3, 2024
Sumber: Media Hiburan (Aizam Manaf), X @_NazriH
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source