PTPTN tawar hadiah RM100,000 sempena Kempen WOW! Syoknya Raya 2024
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan hadiah lumayan wang tunai keseluruhan berjumlah RM100,000 untuk 181 pemenang sempena Kempen WOW! Syoknya Raya 2024. Tempoh kempen bermula 1 Mac 2024 sehingga 30 April 2024.
Kempen WOW! Syoknya Raya 2024
Foto: Kosmo Digital
Penganjuran kempen ini adalah sebagai tanda penghargaan PTPTN kepada masyarakat Malaysia yang memilih Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) sebagai pilihan utama untuk membuat simpanan semasa musim perayaan.
Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul berkata, pendeposit Simpan SSPN yang menyertai kempen ini bukan sahaja berpeluang memenangi hadiah lumayan, malah akan menikmati pelbagai keistimewaan dan manfaat Simpan SSPN.
Foto: PTPTN
“Antaranya, produk simpanan ini merupakan satu-satunya yang menawarkan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih sehinggan RM8,000 setahun.
“Selain itu, ia turut memberikan perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, dividen yang kompetitif, simpanan yang dijamin kerajaan dan patuh syariah,” katanya dalam satu kenyataan.
Foto: Harian Metro
Kempen WOW! Syoknya Raya 2024 tawar hadiah lumayan!
Hadiah utama berjumlah RM10,000 bakal diterima satu pemenang, manakala hadiah saguhati berjumlah RM500 bakal diberikan kepada 180 pemenang lain.
Sementara itu, kempen ini terbuka kepada semua pendeposit Simpan SSPN iaitu Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus.
Untuk menyertai kempen ini, pendeposit hanya perlu membuka atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen.
Artikel lain: 42,946 pelajar IPTA dibantu, layak terima wang pendahuluan PTPTN
Setiap simpanan bersih RM50 bagi Simpan SSPN Prime akan mendapat satu cabutan, manakala bagi setiap simpanan bersih RM50 bagi Simpan SSPN Plus layak mendapat dua cabutan secara automatik.
Foto: Harian Metro
Lebih menarik lagi, kelebihan ini juga diberikan kepada pengguna myPTPTN yang akan membuat cabutan berganda.
Pendeposit Simpan SSPN Prime yang membuat simpanan bersih RM50 melalui myPTPTN atau melalui potongan gaji atau debit terus akan mendapat lima cabutan.
Manakala pendeposit Simpan SSPN Plus yang mmebuat simpanan bersih RM50 melalui myPTPTN atau melalui potongan gaji atau debit terus akan mendapat 10 cabutan.
Pendeposit juga perlu memastikan akaun kekal aktif (akaun tidak ditutup), tiada tunggakan sehingga tarikh cabutan dan tidak boleh membuat pengeluaran atau pindahan simpanan sepanjang tempoh pengekalan bermula 1 Mei 2024 sehingga 31 Mei 2024 daripada mana-mana akaun yang didepositkan dalam tempoh kempen.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari portal rasmi PTPTN di www. ptptpn. gov.my.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source