Amelia Christie fokus cintai diri sendiri -“Layak dapat lelaki baik”
Pelakon jelita, Amelia Chritie kembali memulakan kehidupan baharu dengan memberi fokus cintai diri sendiri selepas dakwaan sudah putus cinta dengan aktor Sharnaaz Ahmad, baru-baru ini.
Spekulasi tercetus dan menjadi hangat susulan Sharnaaz Ahmad membuat penafian tentang sebarang status hubungannya dan Amelia Christie.
Amelia Christie fokus cintai diri
Terbaharu, hantaran pelakon berusia 24 tahun di laman Instagram seolah-olah memberi gambaran mengenai perasaannya ketika ini yang sedang beralih fasa mahu lebih mengutamakan hati sendiri.
Pelakon drama Histeria The Series itu juga seakan memberi bayangan bahawa dirinya akan memulakan kehidupan yang baharu secara solo.
“Ini adalah permulaan bagiku untuk mencintai diri sendiri, selamat pulang,”tulisnya ringkas.
Artikel lain: Jebat pun ‘happy’! Sharnaaz Ahmad bercuti dengan bekas isteri, kekasih raih pujian ramai
Menerusi hantaran itu, Amelia dilihat memuat naik beberapa gambar dirinya yang sedang menenangkan diri di tepi pantai sebuah pusat peranginan.
Hantaran tersebut juga seakan mahu menjawab desas desus mengenai percintaannya dengan Sharnaaz yan dikatakan terputus di tengah jalan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source