Datuk Red harap rumah tangga dapat diselamatkan
Suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red harap rumah tangga dapat diselamatkan dan dipertahankan.
Menerusi satu perkongsian video di Instagram HibGlam,Datuk Red berkata beliau berkahwin lapan tahun lepas bukan untuk bercerai.
“Saya kahwin lapan tahun yang lepas bukan untuk bercerai, lagipun kami dah ada anak empat dah.
“Orang lain boleh cakap apalah, tapi orang lain tak alami. Yang alami saya dan anak-anak.
“Saya fikir pengorbanan ini bukan untuk saya tapi untuk anak-anak. Pengorbanan ini bukan untuk saya,” katanya.
Dalam pada itu, Datuk Red turut menyatakan bahawa dia sudah berusaha memujuk Adira namun gagal kerana tahap kemarahan isterinya sudah sampai ke hadnya.
Datuk Red harap rumah tangga dapat diselamatkan
Foto: mStar
“Proses memujuk tu biasalah, memang tetap ada. Tapi macam saya cakap sebelum ni, perempuan ni marah dia memang macam itulah.
“Saya cuba, tapi kadang sampai tahap macam ni, dah sampai limit kan,” ujarnya.
Sementara itu, usahawan itu turut berkata apa yang terjadi sekarang kemungkinan balasan buat dirinya atas kesalahannya yang terdahulu.
Artikel lain: Datuk Red mahu selamatkan rumah tangga, tapi Adira kekal ingin berpisah – Peguam
“Mungkin ini bukan dugaan saya, tapi kesalahan saya yang terdahulu. Sekarang ini saya tak ada media sosial dan saya cuma fokus kepada keluarga saya. Saya juga dalam proses memujuk,” kongsinya.
Namun begitu, Datuk Red yang ditemani peguam syarie, Muhammad Akmal Amzan menyatakan dia redha dengan apa jua keputusan yang bakal diumumkan.
“Kalau dah ditakdirkan macam itu, saya terima sajalah. Tapi selagi saya bernafas untuk keluarga dan untuk anak-anak kita, saya akan cuba untuk pujuklah,” ujarnya.
Foto:mStar
Menerusi satu perkongsian lain, Adira menyatakan dia sudah bulat hati untuk meneruskan perceraiannya dengan Datuk Red.
“Semoga yang baik-baik sahaja dan selesai dengan cepat,” katanya.
Keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) berkenaan proses permohonan cerai pasangan itu bakal diketahui hari ini.
Datuk Red melantik sahabat baiknya sebagai wakil JKP manakala Adira selaku plaintif pula telah melantik kakaknya, Emma Suhaimi bagi prosiding itu.
Terdahulu, Adira telah memfailkan cerai kali kedua buat suaminya pada 25 Oktober tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, Selangor atas alasan tiada persefahaman.
Adira fail cerai, Datuk Red harap rumah tangga dapat diselamatkan
Foto: mStar
Adira dan Datuk Red bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan telah dikurniakan empat orang cahaya mata.
Sumber: HibGlam, Kosmo Online (Muhammad Haikal Ramli)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source