Mabuk Ketika Hamil Buat Mama Serik Nak Mengandung Lagi, Nah Cuba Tip Ini
Selain menanti kontraksi dan detik kelahiran, satu hal yang begitu menyeramkan ibu hamil adalah ketika perlu minum air gula yang sememangnya diwajibkan untuk ibu hamil.
Terbaru menerusi Instagram, pelakon Ummi Nazeera juga tidak terkecuali berdepan pengalaman minum air gula sekali lagi di kehamilan keduanya ini.
Biarpun sudah berpengalaman, namun kata Ummi ia bukanlah satu tugas yang mudah. Cukup senggara katanya melalui kapsyen di video yang dimuat naik olehnya baru-baru ini.
“Nampak video sebelum ni happy je kan ? Haaa itu sebelum kena minum air gula.
“I look soo miserable here,” tulisnya.
Melalui video yang dimuat naik oleh pelakon hebat itu, Ummi kelihatan cukup payah menghabiskan segelas air gulanya yang pekat dan likat sambil dipujuk oleh suaminya.
Video yang dikongsikan oleh Ummi itu ternyata mendapat reaksi daripada para peminatnya. Malah ada yang turut berkongsi tip dan cara terbaik untuk minum air gula ini agar lebih sukses tanpa perlu muntah.
Dalam pada itu, meninjau di Instagram suaminya, Dr Izzar Anwari turut berkongsi informasi mengenai minum air gula serta tidak ketinggalan berkongsi tip untuk melancarkan proses minum air gula.
MINUM AIR GULA SEMASA MENGANDUNG
Semasa kehamilan, penghasilan hormon yang mengawal paras gula dalam badan (insulin) akan terganggu oleh hormon-hormon yang dihasilkan oleh uri. Gangguan ni dipanggil rintangan insulin. Bila paras insulin dalam badan berkurangan, paras gula tak boleh dikawal menyebabkan paras gula naik. Inilah yang menyebabkan terjadinya Gestational Diabetes Melitus (GDM).
Sesiapa sahaja boleh dapat GDM ni semasa kehamilan. Faktor yang meningkatkan kemungkinan nak dapat GDM ni termasuklah:
*Sejarah keluarga menghidapi diabetes
*Wanita berumur lebih 25 tahun
*Ada GDM pada kehamilan lalu
*Ada masalah kehamilan lain seperti darah tinggi, polihidramnios, keguguran
*Pernah lahirkan bayi lebih 4kg berat, lahir mati, atau bayi dilahirkan cacat
*Ada jangkitan kandidiasis faraj yang berulang-ulang dan jangkitan kulat pada kulit
Jadi, ibu-ibu yang berisiko tinggi ni kena buat ujian saringan air gula (MOGTT) untuk mengesan GDM semasa lawatan pertama doktor, dan kalau normal, pada minggu 24-28 kehamilan akan buat ujian ulangan. Untuk ibu yang risiko tak tinggi, korang minum air gula yang sedap tu pada minggu 24-28 je terus.
Alright. Kalau keputusan normal, alhamdulillah. Tetapi, kalau keputusan ada GDM, doktor akan tentukan sama ada hanya perlu kawal diet atau mulakan ubat. Kena rujuk pada doktor masing-masing ya.
Kalau anda didiagnose GDM, ikutlah apa yang doktor suruh buat. Kalau paras gula tak dikawal baik, banyak komplikasi akan berlaku kepada anak dalam kandungan dan juga ibu. Komplikasi-komplikasi ini pula boleh mengancam nyawa ibu dan anak.
Biasanya ibu akan pulih dari GDM selepas melahirkan anak. Tapi risiko untuk mendapat GDM pada kehamilan akan datang akan bertambah.
Jadi, kalau Doktor minta minum air gula yang enak tu, minumlah dengan hati yang tenang. Di Klinik Kesihatan air gula dia plain tiada perisa selalunya. Di swasta, ada perisa. Tapi ikut orang, ada yang suka tak perisa macam wife saya.
Tips untuk minum air gula masa hamil yang orang selalu cakap ialah minum dengan air suam dan minum sekali harung sambil tahan nafas. Kalau muntah lepas tu, kena start balik dari mula. Senang je kan. Saya pun boleh buat. Tapi tula, saya tak mengandung. 🤭#drizzarshares
Semoga perkongsian dari Dr Izzar ini dimanfaatkan sebaiknya oleh semua ibu-ibu hamil dan jangan lupa mengikuti tips yang dikongsikan oleh beliau.
Semoga kelahiran bayi kedua pasangan ini dipermudahkan nanti.
Terdahulu, Ummi dan Dr Izzar mendirikan rumah tangga pada 23 Julai 2017 dan kini mereka dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Ayra Aneesah yang kini berusia 2 tahun lebih.
Artikel berkaitan: Biar Anak Belajar Dari Mainan Dia, Dr Izzar Saran Mak Ayah Lebih Masa Main Dengan Anak
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @umminazeera @izzar
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source