Baru 4 bulan cerai, bekas adik ipar Iqbal Zulkefli naik pelamin lagi
Bekas adik ipar Iqbal Zulkefli, Anes Ayuni dikhabarkan telah berkahwin lagi selepas video majlis pernikahannya dengan jejaka dikenali Amirul Hakim tular di media sosial.
Sama cantik sama padan
Menerusi platform TikTok ladyboss_oning, dapat dilihat yang Ayuni cantik mengenakan busana serba putih sedondon dengan suami barunya di atas pelamin.
@ladyboss_oning Yang boleh menerima kita itu mungkin banyak tapi yang boleh menerima anak kita keluarga kita juga tak semua. Alhamdulillah bila berjumpa dengan orang yg tepat pada waktu yang tepat everything smooth @ayunieso24
Bekas adik ipar Iqbal Zulkefli dirikan rumah tangga kali ke-2
Menerusi kapsyen di akaun TikTok berkenaan, difahamkan Ayuni dan suaminya mulai rapat selepas usahawan itu berpisah dengan bekas suaminya, Ahmad Wildan Zulkefli pada November tahun lalu.
Pelbagai cabaran dihadapi wanita itu sehingga rakan-rakannya menangis apabila mengetahui yang Ayuni bakal mendirikan rumah tangga sekali lagi.
@ladyboss_oning Mungkin akan ada yang kecam kerana hanya nampak apa yang @ayunieso24 tunjukkan, tapi kenapa wktu dia nikah semua sahabat2 dia menangis hanya kerana kami saja yang tahu perit dan siksa yang dia simpan tanpa membalas dendam pada sesiapa pun . Tak cukup mental disakiti , kami adalah saksi dia disihir dengan teruk sehingga hampir hancur segalanya . Tapi allah hadirkan Hakim yang memaut tgn dia dari kehancuran . Sbbtu hakim dipilih jadi suaminya ! Enjoy bestie . Ni video throwback before dia jadi bini orangg !🤣
Artikel lain: Terputus hubungan, Iqbal Zulkefli tak terkejut adik lelaki bercerai
Bekas adik ipar Iqbal Zulkefli bertunang bulan lalu
Menerusi TikTok usahawan produk kesihatan itu pula, dia memuat naik momen sewaktu majlis pertunangannya yang hanya dihadiri keluarga rapat dan serba ringkas.
Ujarnya, semua bermula dengan gurauan dan ternyata dia serta suami mempunyai jodoh.
“Semua preparation last minute but everything went smoothly sangat . i still speechless tahu2 eh dah jadi tunang orang . one in lifetime met a man with 200% effort for me .
“From a supplier Vitamilk turns to Husband founder Vitamilk dah dia ! hello amirul hakim,” tulisnya.
@ayunieso24 20FEB2024 . dari sebuah gurauan know2 sampai dengan sebuah pinangan . semua preparation last minute but everything went smoothly sangat . i still speechless tahu2 eh dah jadi tunang orang . one in lifetime met a man with 200% effort for me . From a supplier Vitamilk turns to Husband founder Vitamilk dah dia ! hello amirul hakim 🤍
Untuk rekod, Anes Ayuni pernah mendirian rumah tangga dengan Ahmad Wildan yang merupakan adik Iqbal Zulkefli pada 29 Februari 2021. Walau bagaimanapun, mereka telah disahkan berpisah pada November 2023.
Hasil perkongsian hidup, pasangan usahawan muda itu telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Sumber: TikTok ladyboss_oning, ayunieso24
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source