Dulu Personal Shopper, Kini Wanita Ini BERJAYA Ada Butik Barangan Mewah!
Ramai menjadikan hobi membeli belah kepada kerja hakiki yang dikenali sebagai Personal Shopper untuk meneruskan kelangsungan hidup di zaman serba mencabar ini.
Peredaran zaman sejajar dengan perkembangan dunia teknologi membuka lembaran baharu kepada masyarakat untuk menjana pendapatan asalkan bijak mengambil peluang yang terhidang.
ARTIKEL BERKAITAN : Biarpun Sibuk Membina Kerjaya, Juara Ratu Hijabista Cemerlang Raih Anugerah Naib Canselor
Siapa sangka, kerjaya sebagai personal shopper mampu merubah kehidupan dan memiliki butik sendiri! Pengasas butik dalam talian dan fizikal, Sellection, Nor Rafidah Khairuddin kini memperluaskan empayar perniagaannya dengan memiliki butik sendiri yang terletak di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.
Berkat kesungguhan dan rasa cinta terhadap bidang yang diceburinya sejak sembilan tahun yang lalu, hujung tahun lalu butik Rafidah telah berpindah ke lokasi baharu dengan keluasan tiga kali ganda besar dari butik terdahulu yang terletak di Wangsa 118, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Mengukuhkan tagline ‘Embracing Confidence’ atau meraikan keyakinan dan #impianjadikenyataan dengan merealisasikan impian ramai wanita dan lelaki untuk memiliki barangan berjenama antarabangsa serta kekal bergaya dan berkeyakinan.
“Bagi saya kejayaan memiliki butik baharu yang turut menempatkan gudang dan pejabat ini dianggap sebagai peristiwa penting dalam perjalanan saya mengembangkan empayar serta legasi bisnes. Saya amat berterima kasih kepada pasukan saya dan tak lupa pelanggan setia.
“Bermula sebagai seorang personal shopper dan memiliki butik kecil sebelum ini, saya anggap sebagai pencapaian penting dan diharap boleh menjadi inspirasi kepada orang diluar sana. Walaupun bermula dari kecil, sesiapa sahaja boleh berjaya dan maju jika mahu. Syukur kini perlahan demi perlahan jenama ini mula dikenali ramai.
“Paling penting, jenama saya ini melebarkan pengaruh bukan dalam masa singkat. Ia sebuah perjalanan panjang yang menuntut kesungguhan, minat, keazaman dan komitmen tinggi diiringi dengan sepenuh jiwa. Cabaran datang tetap dilalui, namun lebih terkawal,” katanya.
Rafidah menambah misinya untuk membolehkan semua golongan wanita dan lelaki tanpa mengira status memiliki barangan berjenama dari Amerika Syarikat seperti Coach, Michael Kors, Kate Spade dan Fossil juga sudah menjadi kenyataan.
“Dulu orang selalu anggap jenama mewah hanya untuk golongan tertentu termasuk “mak datin”. Tapi kini sebaliknya semua golongan termasuk wanita bekerjaya, sektor kerajaan seperti guru, suri rumah dan peniaga indusri kecil dan sederhana (IKS) juga boleh memilikinya.
“Kami meraikan keyakinan semua golongan tanpa prejudis. Tambah pula, dengan pelan ansuran bayaran tiga ke enam kali kami perkenalkan. Lebih banyak peluang dibuka untuk merasai pengalaman bergaya. Hanya bayar deposit, terus dapat barangan diimpikan.
“Melalui siaran lintas langsung di media sosial Facebook Page kami, Branded Handbags by Rafidah, banyak “review”, tips fesyen dan pengayaan kami kongsikan buat pelanggan. Ia bukan sekadar menjual, tetapi berkongsi ilmu dalam pemilihan handbag yang tepat dan ideal.
Wanita kelahiran Ipoh, Perak itu turut berbangga kerana sejak tahun lalu kerana jenamanya sudah memiliki aplikasi mobil sendiri iaitu Sellection.
“Biarpun sedar 80 peratus jualan diraih dalam talian www.sellection.com, kami cuba imbanginya dengan butik fizikal. Ada orang nak juga rasa barangan depan mata dan merasai memakai. Nak ‘walk-in’ ke butik amat dialu-alukan.
“Malah kehadiran aplikasi mobil, Sellection dilihat sebagai menyokong kecenderungan ramai membeli dalam talian. Pilihan lain untuk membeli, selain online atau walk-in ialah menghubungi Sellection Business Partner yang sah atau #TeamSellection untuk konsultasi.
“Komunikasi dan perkhidmatan hubungan pelanggan menjadi teras dan kunci ‘kekuatan’ kami. Hingga kini di laman sesawang saja kami mendapat sebanyak 4594 ulasan positif, selain di Google Review pula sebanyak 453 ulasan,” katanya.
Moga Rafidah terus maju jaya di masa akan datang. Korang yang suka shopping tu boleh la try jadi Personal Shopper ni, mana tahu boleh jadi macam wanita ini.
Artikel ini diambil dan diolah dari NONA.
BACA LAGI : Dari Model Ke Kerjaya Peguam. ANIQ AQIL Kebanggaan Dr A. Razak Mohaideen!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source