“Lama sudah saya diam!” -Adira Suhaimi ‘amuk’ siapa?
Selebriti terkenal, Adira Suhaimi ‘amuk’ siapa di platform TikTok apabila meninggalkan kapsyen seperti sudah hilang saba terhadap seseorang.
“Kau la mangsa, semua kau laaa….”
Ujarnya, dia tidak kisah dituduh sebagai ‘terpaling’ jahat tetapi individu tersebut pula perlu juga menceritakan kejahatan yang pernah dibuat kepada orang lain.
“Kalau mau cerita pasal sia yang terpaling jahat. Tak kisah tapi jangan lupa cerita jahat kau juga.
“Jangan juga kau yang terpaling tersakiti, kau la mangsa semua kau laa…” tulisnya.
@adira.suhaimi
Adira Suhaimi ‘amuk’ siapa? dah lama berdiam diri katanya
Pemilik nama sebenar, Siti Adira Suhaimi, 32 itu juga memberitahu yang diriya sudah lama berdiam diri dan mencabar individu terbabit jika berani berdepan dengannya daripada terus bercakap dibelakang.
“Awassss! Lama juga sudah sia diam ni. Jangan berani di belakang kalau berani depan-depan saja,” ujarnya lagi.
Adira Suhaimi ‘amuk’ siapa? Ramai yang sokong pula tu
Perkongsian tersebut telah meninggalkan tanda tanya dikalangan netizen di media sosial apabila masing-masing menurunkan komen mereka seakan merujuk kepada isu yang sedang tular sejak kebelakangan ini.
Masing-masing memberikan kata-kata semangat serta menyokong apa yang diperkatakan penyanyi asal Sabah itu agar terus ‘move on’ dan jangan melayan perkara-perkara yang toksik.
Ada yang turut faham apa yang Adira rasa
Orang tak nampak kita sabar, orang nampak bila kita jahat
Jalan terus Adira, bahagiakan diri sendiri
Artikel lain: Datuk Red harap rumah tangga dapat diselamatkan – “Mungkin ini balasan untuk saya”
Terdahulu, suami kepada Adira, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red menyatakan yang dirinya mahu mempertahankan rumah tangga dengan penyanyi itu, namun bagi Adira pula adalah sebaliknya.
Walau bagaimanapun, dia pasrah jika ditakdirkan tiada jodoh dengan selebriti asal Sabah itu dan menganggap apa yang terjadi adalah balasan untuknya.
Difahamkan, isteri pertamanya, Datin Red juga turut menfailkan penceraian terhadap usahawan itu namun ditegaskan tiada sebarang pakatan untuk berpisah oleh kedua-dua isterinya.
Sumber: TikTok adira.suhaimi
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source