Abby Abadi titip pesan buat Marissa
Selebriti dan usahawan Abby Abadi titip pesan buat Marissa dan meluahkan dia akan selalu ada buat anak perempuannya itu.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, @yaya06757 telah memuat naik satu video memaparkan Abby sedang ditemu bual dalam sebuah podcast.
@yaya065757 Hati seorang ibu. #abbyabadi #marissadania #marissaaslam #umisyamazlan
Menurut pelakon berusia 47 tahun itu, kali terakhir dia berjumpa dengan Marissa ketika menghadiri sebuah majlis previu bufet Ramadan yang diadakan di sebuah hotel di Selangor.
“Sekali tu je lah saya berjumpa dengan dia, dalam majlis berbuka puasa rasanya. Susah nak duduk dengan dia.
Abby Abadi titip pesan buat Marissa, akan selalu ada
“Dia melarikan diri, menghilangkan diri. Tapi saya tahu dia selamatlah di luarlah. Kalau dia rasa dia dah mampu nak berdiri atas kaki sendiri, saya berserah kepada Allah,” katanya.
Dalam pada itu, Abby juga berkata dia berasa dia tak mampu untuk melakukan apa-apa untuk mengubah anak perempuannya itu.
“Saya rasa saya memang tak mampu untuk ubah apa yang dia buat sekarang dan saya mengharapkan yang terbaik untuk dia.
“Kalau rasa perlukan mama, baliklah,” luahnya.
Artikel berkaitan: “Guna kesempatan atas kesulitan orang” -Abby Abadi selar tindakan jenama pakaian
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa berang terhadap Marissa kerana seolah-olah tidak menjaga maruah ibu bapa.
Tak fikir maruah ibu bapa ke?
Isteri kedua selebriti lain pun tak keluar….
Abby Abadi titip pesan buat Marissa, biar betul?
Tak malu ke?
Tak fikir perasaan Misya
Tidak kurang juga komen warganet yang menyuarakan simpati disamping mendoakan kekuatan buat pelakon drama bersiri Gerak Khas itu dalam menghadapi dugaan.
Kesian, dulu suami….
Mudahkan urusan Abby, ya Allah
Bala sedang menanti
Semoga berkat kesabaran awak
Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan orang ramai selepas didakwa telah melangsungkan perkahwinan dengan Aslam di Songkhla, Thailand.
Bagai mencurahkan minyak di atas api, sebuah jenama pakaian pula menjadikan Marissa dan Aslam model bagi produk pakaian raya mereka.
Abby Abadi titip pesan buat Marissa sampai titiskan air mata
Tidak cukup dengan itu, jenama pakaian itu turut menjadikan isteri pertama Aslam iaitu Umisya Mazlan sebagai salah seorang model bersama Marissa dan Aslam.
Menurut pihak Umisya, jenama pakaian itu tidak menyatakan penggambaran itu turut dihadiri Marissa dan Aslam disamping meminta agar pihaknya tidak membuat sebarang perkongsian di media sosial mengenai perkara tersebut.
Dalam pada itu, pihak Umisya juga menafikan tuduhan netizen yang mengatakan perkara itu hanyalah konten dan mereka hanya bersikap profesional demi pekerjaan.
Sumber: TikTok @yaya06757
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source