“Beautiful couple..”- Tidak berselindung, Marissa & Aslam muncul sebagai model
Berita mengenai perkahwinan anak kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania bersama jejaka pilihan hati, Ahmad Aslam masih lagi ‘panas’ menjadi bualan warganet.
Meskipun masing-masing diam tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung spekulasi tersebut, namun kakak ipar kepada lelaki itu tampil mengesahkan mengenai berita tersebut.
Marissa, Aslam jadi model baju raya?
Terbaharu, tular sebuah video memaparkan pempengaruh berusia 19 tahun itu membuat kemunculan sebagai model bersama Aslam.
Menerusi video tersebut, jelas kelihatan kedua-dua mereka cantik dan segak berbusana warna hitam bagi memperagakan pakaian sebuah butik tempatan.
Ia merupakan kemunculan pertama kali pasangan itu bersama di media sosial selepas panas mengenai gosip berkahwin di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.
“Beautiful couple..”tulis ringkas pengguna TikTok dikenali Zufyfikri.
@zufyfikri
Tebalnya muka!
Bagaimanapun, hantaran tersebut menerima pelbagai kritikan dalam kalangan warganet di mana mereka menyifatkan pempengaruh itu ‘muka tebal’.
Mereka juga berpendapat anak tiri kepada pelakon yang juga usahawan, Memey Suhaiza seolah-olah berani dan tidak mempunyai perasaan bersalah setelah menjadi ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga Aslam dan isteri pertama.
Malah, ada juga dalam kalangan warganet berkata mereka tidak akan sesekali mendedahkan diri di khalayak ramai kecuali sudah mendapat restu ibu mentua.
Jagalah hati isteri pertama
Moga dipermudahkan urusan
Tidak kurang juga ada yang mendoakan agar segala urusan pasangan itu dipermudakan selain rezeki isteri pertama lelaki tersebut dimurahkan.
Artikel lain: “Aslam bukan orang yang boleh poligami, dia tak berkemampuan” -Abby Abadi
Sebelum ini, media melaporkan Marissa Dania Hakim telah bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember lalu tanpa pengetahuan ahli keluarga.
Difahamkan, pasangan itu bernikah sewaktu isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan berada di Tanah Suci bagi mengerjakan umrah pada hujung tahun lalu.
Penjelasan daripada lelaki itu juga belum berjaya didapatkan memandangkan dia hanya meminta diberi ruang untuk menghadapi isu terbabit.
Sumber: TikTok @zufyfikri
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source