Bukan konten, Umisya Mazlan tak tahu Marissa & Aslam jadi model ‘brand’ sama
Kakak kepada Umisya Mazlan iaitu Nadiah Mazlan menjelaskan adiknya langsung tak tahu mengenai penglibatan suami, Aslam dan madu, Marissa Dania Hakim dalam sebuah sesi fotografi sebuah jenama pakaian.
Umisya Mazlan langsung tak tahu!
Menurutnya, Umisya Mazlan langsung tak tahu anak kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi itu turut terlibat menjadi model bagi jenama tersebut.
Jelasnya, penglibatan antara Marissa Dania Hakim dan Aslam hanya disedari mereka selepas tiba di lokasi penggambaran di Janda Baik, Pahang.
Namun, adiknya cuba bersikap profesional kerana sudah menerima bayaran daripada pihak berkenaan.
“Untuk pengetahuan, Misya memang tak tahu langsung yang waktu shoot produk tu, perempuan ini (Marissa Dania) juga shoot produk yang sama.
“Dan bila dah sampai tempat casting baru tahu. Dan pada masa tu juga telah diberitahu jangan post benda-benda yang melibatkan mereka berdua iaitu Misya dan perempuan ini,”ujar kakak kepada Umisya Mazlan.
Dalam pada itu, Nadiah Mazlan meminta pihak berkenaan untuk membuat permohonan maaf kepada adiknya kerana telah mengguriskan hati yang telah lama dilukai oleh ‘orang ketiga’ dalam rumah tangganya.
“Bertaubat dan minta maaf kepada Umisya Mazlan kerana mungkin dalam keasyikan, kerasukan dan kesungguhan untuk menaikkan produk jenama kalian sampai melukakan hati manusia..”tulisnya lagi dalam hantaran di Instagram.
Periksa terlebih dahulu sebelum terima tawaran
Dalam hantaran berikutnya, mereka memaklumkan telah pun membuat pemeriksaan terlebih dahulu bagi memastikan madu Umisya Mazlan tidak terlibat sama.
Namun, lain pula jadinya sehingga membuatkan mereka membuat keputusan untuk bersikap profesional dan meminta untuk mengeluarkan posting Marisaa terlebih dahulu.
Penjelasan tersebut dibuat bagi mengelakkan sebarang salah faham melibatkan nama Umisya Mazlan kerana ia bukan konten yang dirancang bagi meraih perhatian ramai.
Tegasnya, Umisya Mazlan langsung tidak tahu dan penglibatan mereka bertiga dalam mempromosikan busana tersebut bukanlah konten.
Pun begitu, pihak Umisya mengaku bahawa mereka mengetahui Marissa Dania terlibat dan menjadi model jenama pakaian berkenaan.
“Ada yang kata Misya, Marissa dan Aslam ada bersama waktu ini dan semua ini adalah konten.
“Tidak, ini bukan konten. Kami memang tidak tahu apa-apa tentang shoot Marissa dan Aslam. Kami hanya mengetahui Marissa menjadi model sahaja untuk jenama tersebut dan Misya hanya bersikap profesional demi mencari rezeki,”ujar pihak Listrik Networks.
Artikel lain: “Beautiful couple..”- Tidak berselindung, Marissa & Aslam muncul sebagai model
Faham strategi tapi …
Mereka juga berharap agar jenama pakaian berkenaan lebih berhati-hati pada masa akan datang bagi mengelakkan ada hati yang terluka disebabkan strategi pemasaran mereka.
Umisya juga berkata, dia faham mengenai strategi pemasaran bagi menaikkan jenama masing-masing, namun ia perlulah menjaga sensitiviti semua pihak.
Sumber: Instagram listrik.networks, @umisyamazlan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source