“Kata2 makan diri sendiri” -Netizen tulis komen ‘backup’, Sophia Albarakbah respon
Pelakon cantik, Sophia Albarakbah respon komen netizen yang kembali mengungkit kisah lamanya yang dituduh menyondol suami orang sehingga pelbagai kecaman diterima.
“Sekarang siapa yang perosak sebenarnya?”
Menerusi komen-komen yang diperoleh dari perkongsian terbaru pelakon terbabit, Sophia Albarakbah respon satu tulisan netizen dengan meluahkan rasa syukur kerana Allah S.W.T telah menunjukkan kebenaran.
Sophia Albarakbah respon -“Allah Maha Besar”
Sophia yang sebelum ini teruk dihentam netizen dan juga dalam kalangan selebriti sendiri dilihat tidak banyak bersuara susulan dakwaan ‘menyondol’ aktor kacak asal Singapura.
Menurut kata netizen, pelakon wanita yang juga rakan kepada isteri aktor berkenaan pernah berkata buruk kepada Sophia dengan menyifatkannya perosak dalam industri hiburan.
Sophia Albarakbah respon, likes komen2 beri sokongan
Namun begitu, tular di media sosial pagi tadi apabila pelakon terbabit dikatakan ditangkap khalwat dengan aktor tersebut.
Walaupun tidak dapat dipastikan dengan jelas gerangan pelakon wanita itu, namun ramai yang dapat meneka susulan mereka sedang bergandingan dalam menjayakan satu drama televisyen.
Artikel lain: Bella Astillah dakwa Sophia AlBarakbah menipu, balik selepas Aliff buat persembahan
Bila kebenaran ditunjukkan
Susulan daripada itu, ruangan Instagram Sophia Albarakbah telah dihujani dengan komen-komen menyokongnya dan mengatakan bahawa Allah S.W.T sedang menunjukkan kebenaran.
Mereka juga mendoakan agar pelakon cantik tersebut dijauhkan daripada individu-individu berkenaan lagi di masa hadapan.
Dapat dilihat, selebriti berdarah kacukan Melayu, Cina dan Arab itu meninggalkan tanda suka di komen-komen yang memberi sokongan kepadanya.
Sebelum ni teruk Sophia diburuk-burukkan sebab lelaki
Dulu Sophia pernah dipermalukan
Percaya bukan sis yang buat onar
Awal pagi tadi, industri hiburan dikejutkan dengan berita aktor kacak yang sudah beristeri ditangkap khalwat dengan seorang pelakon wanita di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.
Difahamkan, pelakon terbabit pada awalnya tidak memberikan kerjasama kepada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) apabila enggan membuka pintu sehingga tiga jam.
Mereka hanya membuka pintu sewaktu pihak Bomba dan Penyelamat datang untuk memecahkan pintu selepas dihubungi pihak JAWI.
Sumber: Instagram Sophia Albarakbah
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source