Abby Abadi belum ada menantu, seloroh Marissa Dania ikut perangai Norman Hakim
Pelakon yang juga usahawan, Abby Abadi menyatakan dirinya masih belum ada menantu selagi status perkahwinan anak perempuannya, Marissa Dania Hakim dengan Ahmad Aslam belum disahkan di sisi undang-undang.
Abby Abadi atau nama penuhnya Arbaiyah Abdul Manan berkata demikian dalam sesi audio siar (podcast) yang dihoskan oleh pelakon, Datin Rebecca Nur Al-Islam.
Abby Abadi masih belum ada menantu
Tegas Abby, dia masih belum meletakkan dirinya mempunyai menantu dan masih lagi menanti bukti sahih perkahwinan anak keduanya yang didakwa berlangsung di Thailand.
“Saya tak pernah letak diri saya ini sudah bermenantu ke belum. Tak ada lagi menantu dalam kamus hidup saya.
“Benda yang tak ada depan mata saya, jadi buat apa nak beria-ria. Benda itu tak berlaku dalam pengetahuan saya,”katanya.
Artikel lain: Abby Abadi titip pesan buat Marissa – “Kalau perlukan mama, baliklah”
Bukan tak terima tapi belum tahu status sebenar
Jelas Abby, dia bukan tidak menerima qada dan qadar Tuhan, cuma masih tidak tahu menahu tentang isu yang diperkatakan orang ramai sejak kebelakangan ini.
Bagaimanapun, Abby yang juga bekas anggota Elite bersikap terbuka menerima ketentuan Ilahi sekiranya status perkahwinan Marissa dan Aslam sah di sisi undang-undang.
“Benda pun tak dapat disahkan lagi sama ada pasti atau tidak. Bukan tak nak terima takdir atau kenyataan tapi benda belum jelas lagi.
“Sekiranya betul menikah sah mereka boleh lalui kehidupan sebaiknya. Kenapa tidak? Saya tidak pun kata tidak terima kenyataan tapi kalau sah, saya reda sebagai ibu.
“Apa pun yang dibuat selepas ini teruslah berpegang kepada Allah dan jangan lupa mak ayah,” luahnya panjang lebar.
Menurut Abby, sehingga ke hari ini dia sekeluarga masih belum mengetahui status di antara anaknya dan Aslam.
Tambah Abby, dia ada menasihati Marrisa untuk mendaftarkan perkahwinan sekiranya benar sudah mendirikan rumah tangga di Thailand namun anak perempuannya itu masih belum berbuat demikian.
“Saya tak tahu status mereka di sana (Thailand) macam mana. Tapi kalau dah nikah, bila balik Malaysia kenalah sahkan tapi masih tak jelas lagi.
“Sebab ada orang pergi ke sana sah, ada orang pula tak sah. Kita pula bukan ahli yang pakar dalam hal ini
“Saya dah ajak dia buat (pendaftaran) tapi dia kata dia akan buat dalam masa terdekat,”kata Abby Abadi.
Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Gerak Khas mengakui dirinya terkejut dengan penularan berita mengenai pernikahan anaknya itu.
‘”Saya terkejut dan tergamam sebab dia pun tak ada bagitahu kami sekeluarga.
“Dia sangat berahsia dan perkara itu berlaku dalam masa satu hari dan sangat di luar jangkaan kami.
“Saya tak pasti apa yang membuatkan mereka untuk bertindak seberani itu”katanya lagi.
@buletin.tikt0k Part 3. Credit : youtube GVV Studio #berandatiktok #berandafyp #bikinpanas #curang
Marissa ikut perangai Norman, kahwin di luar pengetahuan
Di akhir sedutan video tersebut, Abby sempat berseloroh dengan mengatakan perbuatan Marissa itu mirip sekali dengan bapanya, Norman Hakim yang bernikah dengan Memey Suhaiza pada 2011.
“Saya rasa yang ini dia ikut ayah dia lah sebab masa Norman kahwin dengan Memey saya tak tahu.
“Ni betul serius, masa mereka berkahwin dulu saya tak tahu, Lillahi Ta’ala,”selorohnya.
@buletin.tikt0k Replying to @Meloda🎥🔥 Part 2. Credit : youtube GVV Studio #berandatiktok #berandafyp #bikinpanas #curang
Sebelum ini, Marissa dan Aslam didakwa telah bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu ketika isteri pertama Aslam iaitu Umisya Mazlan sedang mengerjakan ibadah umrah.
Malah, pernikahan antara pasangan itu juga dikatakan berlaku di luar pengetahuan keluarga Marissa sendiri.
Video penuh:
Sumber: YouTube GVV Studio
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source