“Ini Adalah Permulaan Untuk Mencintai Diri Sendiri” – Fasa Amelia Christie Utamakan Hati Sendiri, Netizen Beri Semangat
Bila usia dah meningkat 20-an dan masih single, mesti ada suara-suara ‘sumbang’ yang mula tanya “Bila kau nak kahwin?”.
Lebih-lebih lagi raya dah nak dekat, ramai orang single yang dah mula risau nak menghadap makcik bawang di hari raya nanti. Hiks!
Selain takdir, sebenarnya mungkin ada beberapa sebab kenapa individu memilih untuk ‘kahwin lambat’.
Nah, jom kita tengok antara 5 sebab yang mungkin menjadi alasan kenapa ramai anak muda pilih untuk kahwin lambat.
1. Jodoh tak sampai lagi
Kalau memang dah belum ada jodoh lagi, memang inilah alasan paling utama yang korang boleh jawab. Dah tak ada jodoh, macam mana nak kahwin kan? Tapi, korang kena ingat jodoh tak datang bergolek tau. Kena ada usaha juga la. Hiks!
2. Terlalu memilih pasangan
Bukan tak ada yang mahu, tapi ciri-ciri pasangan idaman korang tu kadang-kadang tak masuk akal. Nak yang cantik/handsome, kulit putih, tinggi lampai, kaya, eh semualah korang nak. Mana ada manusia yang perfect dik. Kalau ada pun, sesuai ke dengan korang? Haha.. Okay gurau je!
Cukuplah kalau mencari pasangan yang boleh terima dan sayang kita seadanya dan ada di waktu susah senang kita. Kalau dapat yang elok dan berduit tu, kira pakej la. Itu namanya rejeki. Hiks!
3. Putus cinta/ tak boleh move on
Itulah sebabnya kenapa kita tak kena sayang berpada-pada. Bila putus cinta, macam inilah jadinya. Tak boleh move on dek kerana teringatkan cinta lama, jadi susah untuk korang buka hati untuk orang lain. Maka, ada yang sanggup membujang sampai ke tua kerana masih tak dapat lupakan cinta lama.
4. Workaholic
Biasanya, individu yang kuat bekerja ni tidak memikirkan sangat hal-hal membina rumah tangga kerana bagi mereka, kerjaya adalah fokus utama dalam hidup. Mungkin juga individu seperti ini tidak mahu sebarang komitmen disebabkan perangai ‘gila kerja’ mereka. Sudah tentu orang-orang macam ni tak ada masa nak bercinta dan berkepit 24 jam dengan pasangan.
5. Tidak suka dikongkong
Apabila sudah biasa hidup single, setiap pergerakan mereka bebas ke sana ke sini tanpa dikawal oleh sesiapa. Jadi, individu ini merasakan bila berkahwin, kehidupan mereka tidak lagi bebas dan akan dikongkong pasangan.
Walau bagaimanapun, semua ini hanyalah ‘alasan’ untuk mereka untuk tidak mahu mengakhiri zaman bujang lagi. Mungkin juga sebenarnya kerana belum bersedia untuk berumah tangga. Apa-apa pun, kalau dah memang dah bertemu dengan jodoh yang sesuai, eloklah sekiranya tidak melewat-lewatkan perkahwinan.
Sememangnya perkahwinan juga dituntut di dalam Islam, jadi sekiranya memang dah ada calon yang sesuai dan korang sudah berkemampuan serta bersedia untuk berkahwin, onz saja la. Hiks!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source