Starbucks Gagal Cari Makan di Vietnam
Korang jangan pelik macam mana Strabuck boleh jatuh kat Malaysia. Sebab di Vietnam, mereka gagal bersaing dengan jenama tempatan. Apa yang membuatkan gergasi ini tumpas?
Pertamanya, Vietnam mempunyai variasi pilihan kopi yang lazat. Tidak terhad dengan kopi atau frappe sahaja, kafe Vietnam turut mengajikan kopi dengan yogurt, kopi dengan telur dan banyak lagi.
Barista sana berani bereksperimen dengan kopi, maka pelanggan pun tak jemu. Keistimewaan ini yang tak ditawarkan Starbucks.
Kedua, Starbucks lebih gemar menunggunakan biji kopi Arabica. Manakala, orang Vietnam lagi gilakan aroma biji kopi Robusta. Apa bezanya? Rasa kopi Robusta lebih kick dan padu, kena dengan peminat kopi sejati. Arabica pulak lebih smooth, chill-chill je.
Korang bila hujung bulan, minum kat mana?
Ya, harga juga mainkan peranan. Faktor ketiga, harga secawan kopi. Kafe tempatan menawarkan harga yang lebih rendah dengan kualiti yang memuaskan berbanding Starbucks.
Korang nak pilih sedap dan murah, atau sedap dan mahal? Mestilah yang mesra poket kan. Jangan ingat T20 berduit sangat ya. Diorang pun kadang-kadang sesak jugak.
Kopi ialah trend terkini.
Nak nampak cool, minumlah kopi. Oleh itu, kafe Vietnam seperti Highlands Coffee, The Coffee House dan Cong Ca Phe sudah membina jenama yang menyaingi syarikat luar negara.
Kafe tempatan dapat mencipta ambience yang buatkan orang selesa duduk berjam-jam. Kalau pelanggan dah boleh duduk lama sambil buat kerja lagikan dengan harga yang murah, buat apa pergi ke Starbucks?
Apa trend masa hadapan?
Kalau dulu, kita tengok trend ice blended. Lepastu bubble tea. Sekarang ni barulah kafe kopi. Trend akan turun naik, namun apa yang membuatkan pelanggan jadi setia adalah kualiti dan harga yang ditawarkan.
Kegagalan Starbucks di Vietnam, boleh menjadi iktibar bagi pemain industri di Malaysia. Kalau kita sedang di atas, tak bermakna selama-lamanya kita di atas. Trend pengguna boleh dipengaruhi banyak faktor, termasuklah sentimen politik dunia dan agama.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Cara belanjakan wang ada kaitan dengan psychology orang. Bongkar rahsianya dalam PSYCHOLOGY OF MONEY. Klik: https://shp.ee/5s2l1ct
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source