Dr Zulkifli saran makan kurma ‘butter’
Sejak kebelakangan ini, kecoh di media sosial mengenai gabungan kurma bersama butter untuk dijadikan sebagai juadah berbuka puasa dan sahur menjelang ramadan tidak lama lagi.
Malah, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyarankan agar orang ramai terutamanya yang beragama Islam makan kurma bersama butter ketika berbuka puasa kelak.
“Bagi yang belum cuba, boleh buat untuk berbuka puasa. Pastikan pure butter, bukan marjerin,” katanya.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen meluahkan rasa bimbang mengenai kombinasi makanan tersebut yang dikatakan boleh membawa bahaya terhadap kesihatan seseorang.
Bagi mengelakkan masyarakat lebih keliru, seorang pengamal kesihatan yang dikenali sebagai @dr1 share memaklumkan trend kurma dimakan bersama butter semulajadi tidak mendatangkan bahaya terhadap kesihatan jika tak diambil secara berlebihan.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman TikToknya, dia menjelaskan terdapat perbezaan kandungan di antara marjerin dan butter.
@dr1share Apa mentega kurma? Makin mengarut la rakyat Malaysia ni… Xbahaya ka kurma disapukan mentega? #shouldbeme #dr1share #learnontiktok #tiktokguru_malaysia
Katanya, butter diperbuat daripada krim dan susu (lemak tepu/saturated fat) berbanding marjerin yang dihasilkan daripada minyak sayuran dimana proses hidrogen terjadi.
Pun begitu, dia mengatakan individu tidak boleh mengambil makanan berunsurkan lemak tepu melebihi 10 peratus daripada kalori harian.
“Kita jangan keliru antara butter dengan marjerin. Butter ni selalunya dibuat daripada krim, susu. Sebab itu kita panggil butter ni adalah lemak tepu (saturated fat).
“Badan manusia masih perlukan saturated fat tapi jangan lebih pada 10 peratus daripada kalori harian.
“Kalau betul korang tak boleh makan saturated fat langsung, habis itu tak akan tak boleh makan daging, minyak kelapa dara tu saturated fat juga.
“Marjerin diperbuat daripada minyak sayur yang asalnya cecair jadi beku sebab ada proses hidrogen dan terbentuk trans fat..itu yang bahaya. Antara penyakit berpunca daripada marjerin adalah serangan jantung dan kerosakan salur darah,” ujarnya.
Sehubungan itu, makanan yang tular tersebut tidak mengundang kepada masalah kesihatan yang berbahaya jika tidak diambil secara kerap dan kuantiti yang banyak bahkan, ia merupakan juadah kesukaan Nabi Muhammad SAW.
“Kalau korang tanya aku yang mana lebih baik adalah butter, lagi sihat. Sepatutnya tiada masalah korang nak makan kurma sapu dengan butter. Pastikan butter semulajadi dan tidak masin.
“Dan baru aku tahu Nabi Muhammad suka makan kurma dengan butter, ada dalam hadis. Puasa pun nak dekat, buat je kurma campur butter makan untuk sahur.
“Kalau buat betul-betul akan kurangkan rasa lapar sepanjang puasa. Butter dan lemak fiber lagi daripada kurma,” kongsinya lagi.
Sumber: TikTok @Dr1 Share
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source