Kongsi video anak, ibu minta Bella pulang ke pangkuan keluarga
Enggan untuk melihat anak terus dibelenggu kesedihan, ibu kepada pelakon Bella Astillah iaitu Zarina Astillah minta anak untuk pulang ke pangkuan keluarga jika suaminya, Aliff Aziz menyakitinya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Zarina atau lebih dikenali sebagai Eina, dia memaklumkan keluarga sentiasa berada disisi sama ada susah atau senang.
Ibu minta Bella pulang ke pangkuan keluarga
Artikel lain: Puteri Sarah sentiasa sedia jadi tempat mengadu Bella
“Pesan ibu, jika lelaki itu menyakitimu pulanglah pangkuan keluargamu, mereka akan selalu ada untukmu,” kongsinya.
Dalam video tersebut, kelihatan Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah sedang memeluk seorang lelaki yang dipercayai ahli keluarganya ketika disambut di lapangan terbang.
Bukan itu sahaja, Eina turut meletakkan emoji hati sebagai kapsyen pada hantaran tersebut untuk tatapan orang ramai.
Terdahulu, suami kepada Bella iaitu Aliff Aziz sekali lagi menjadi bualan hangat ramai apabila dilaporkan ditangkap khalwat bersama seorang pelakon wanita di sebuah kondominium di ibu negara, baru-baru ini.
Aliff dan Ruhainies juga ditahan Jawi untuk tujuan siasatan namun, dibebaskan dengan jaminan jam 2 petang pada hari yang sama. Bagaimanapun, dua selebriti tersebut akan didakwa di Mahkamah Syariah dalam masa terdekat.
Untuk pengetahuan semua, Aliff dan Ruhainies terlibat dalam penggambaran dalam sebuah drama bertajuk Terjerat.
Sekadar info, Bella dan Aliff sudah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
Selain Ruhainies, Aliff turut terpalit dengan beberapa kontroversi bersama aktres wanita seperti Oktovia Senrose dan Afifah Nasir.
Sumber: Instagram @Eina Astillah
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source