Puteri Sarah sentiasa sedia jadi tempat mengadu Bella
Pelakon Puteri Sarah Liyana sentiasa sedia jadi tempat mengadu sahabatnya, Bella Astillah yang kini mengalami masalah rumah tangga selepas suaminya iaitu Aliff Aziz dan Ruhainies ditangkap khalwat, baru-baru ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Puteri Sarah di IG Storynya, dia memberitahu akan sentiasa ada untuk Bella sekiranya memerlukan tempat mengadu dan meluahkan perasaan.
Puteri Sarah sedia jadi tempat mengadu Bella
Artikel lain: Ruhainies & Aliff Aziz mohon maaf, dakwa situasi sebenar ditokok tambah
“Kepada sahabat saya Bella, awak ada ketika saya perlukan bahu untuk menangis. Jadi, saya di sini sekiranya awak perlukan saya,” katanya.
Bukan itu sahaja, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin turut menyeru kepada orang ramai supaya berhenti menghakimi Bella tanpa mengetahui perkara yang sebenar.
Malah, aktres yang berusia 39 tahun itu meminta orang ramai untuk memberi semangat serta ruang dalam menyelesaikan isu yang sedang berlaku dalam rumah tangganya.
“Marilah kita sama-sama beri semangat pada Bella dan janganlah kita menghakimi dia.
“Yang sudah berlalu, biarlah berlalu. Kita fokus yang sekarang. Saya tahu cerita dari awal sampai akhir, jadi tak baik kita hakimi dia.
“Berkatalah yang baik-baik kerana itu adalah satu doa. Berilah Bella ruang dan sama-sama kita berdoa untuknya,” ujarnya lagi.
Terdahulu, suami kepada Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah iaitu Aliff Aziz sekali lagi menjadi bualan hangat ramai apabila dilaporkan ditangkap khalwat bersama seorang pelakon wanita di sebuah kondominium di ibu negara, baru-baru ini.
Difahamkan, dua selebriti tersebut yang sedang sibuk menjalani penggambaran dalam sebuah drama bersama ditahan di kediaman milik aktres wanita berkenaan.
Malah, adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan abang iparnya itu adalah individu yang dicekup bersama pelakon wanita terbabit sepertimana yang dilaporkan.
Bagaimanapun, Aliff Aziz dan Ruhainies telah memohon maaf atas apa yang terjadi dan akan memberi kenyataan bagi mengelakkan salah faham terhadap apa yang terjadi.
Sumber: Instagram @Puteri Sarah Liyana
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source