Amelia Christie akui kini single, idam lelaki sopan santun & baik hati
Pelakon cantik, Amelia Christie akui kini single setelah mengesahkan dirinya tiada sebarang hubungan lagi dengan aktor, Sharnaaz Ahmad.
Okay saja dengan soalan tentang status
Amelia menyatakan yang dia tidak ada sebarang masalah jika ditanya berkenaan status diri dan bersedia untuk menjawabnya.
Hal tersebut dinyatakan pelakon terbabit menerusi video TikTok, Adeline Hijab sewaktu menjadi model dan mempromosikan jenama tudung tersebut.
“Saya single. Saya okay dengan soalan itu sebab kita kena bagi tahu kita single,” katanya.
@adeline_hq Amelia org yg baik sangat , memudahkan org sekeliling, sehari bersama Amelia pn terus rasa sayang😘 #adelinehijab #ameliachristie
Artikel lain: Jebat pun ‘happy’! Sharnaaz Ahmad bercuti dengan bekas isteri, kekasih raih pujian ramai
Amelia Christie akui kini single, cari lelaki yang bertanggungjawab…
Dalam pada itu, dia juga memberitahu ciri lelaki idamannya dimana mendambakan seorang yang bertanggungjawab, sopan santun serta baik hati sebagai pendamping hidupnya.
“Lelaki idaman saya adalah seorang yang bertanggungjawab, sopan santun dan baik hati,” katanya ringkas.
Amelia Christie akui kini single, sebelum ini rapat dengan Sharnaaz Ahmad
Terdahulu, kenyataan aktor, Sharnaaz Ahmad berkenaan hubungannya dengan Amelia Christie mengundang tanda tanya netizen susulan kedua-dua mereka sudah tidak saling mengikuti di media sosial.
Walau bagaimanapun, aktor berusia 39 tahun itu menyatakan yang mereka berada dalam keadaan baik-baik sahaja dan memilih untuk lebih fokus kepada kerjaya serta anaknya, Jebat Jayden.
Namun begitu, kenyataan tersebut telah mengundang salah faham netizen sehingga dia kembali memaklumkan yang sebelum ini tidak pernah mengiyakan perihal hubungan mereka.
Sumber: TikTok adeline_hq
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source