Bercuti ke Pattani Thailand, Buka Pintu Terus Nampak Pantai Depan Mata
Buat anda yang bakal menjejakkan kaki buat kali pertama ke Ho Chi Minh City (HCMC) tanpa khidmat pemandu pelancong, berikut beberapa tip mudah untuk anda membiasakan diri dengan bandar yang paling pesat membangun di Vietnam ini.
Kenalpasti kawasan di Ho Chi Minh City ?️
Umumnya, bandar Ho Chi Minh boleh dibahagikan kepada beberapa daerah (District) utama. Ada 24 district secara keseluruhan iaitu 19 central district dan 5 suburban district. Perlu diketahui bahawa kebanyakan lokasi pelancongan berada di kawasan District 1.
Hotel banyak berada di District 1 ?
Jika ingin mencari tempat penginapan, anda boleh mencuba hotel mahupun hostel di sekitar District 1. Walaupun mungkin harganya lebih mahal berbanding District lain, ia adalah lebih mudah kerana anda tidak perlu mengambil teksi setiap hari untuk bersiar-siar di kawasan bandar. Apabila sudah berada di District 1, kebanyakan tempat tarikan pelancongan bolah diakses dengan berjalan kaki sahaja.
Naik pengangkutan awam ? ?
Jika anda ingin menjimatkan wang dan tidak mahu menyewa teksi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat, terdapat sebuah bas awam yang boleh membawa anda dari terminal ke District 1. Sebaik selesai pemeriksaan kastam di balai ketibaan, keluar dari terminal, belok ke kanan dan terus berjalan sehingga anda melihat sebuah kiosk Burger King. Berhadapan dengan kiosk tersebut di seberang jalan, terdapat sebuah bas bernombor 152 yang akan menunggu. Bas tersebut akan melalui District 1. Dengan tambang hanya Đ5000 (Dong Vietnam) iaitu tidak sampai RM1.00, anda boleh terus ke District 1. Cuma sediakan wang kecil secukupnya sebelum menaiki bas tersebut.
Cuba ingat struktur bangunan di sana ?️
Mungkin agak membantu jika anda dapat mengenal pasti beberapa bangunan utama di sana, contohnya pasar Ben Thanh, bangunan Saigon Opera House dan Muzium Ho Chi Minh City. Anda boleh melihat gambar-gambar bangunan tersebut di internet sebelum memulakan pengembaraan. Sebaik tiba di HCMC, anda sudah boleh mengenalpasti bangunan-bangunan tersebut dan menjadikan ia mercu tanda ketika membaca peta.
Pasar Ben Thanh sebagai landmark anda dari lapangan terbang ?
Jika anda mengambil bas dari lapangan terbang untuk ke District 1, jadikan Pasar Ben Thanh mercu tanda anda. Apabila pasar tersebut dengan sebuah bulatan besar di hadapannya sudah kelihatan, bermakna anda telah tiba ke destinasi. Anda boleh turun dari bas di stesen yang terletak berhadapan dengan pasar dan bulatan tersebut.
Berjalan dengan yakin (atau pura-pura yakin)
Sebaik turun dari bas, berjalanlah dengan yakin untuk mencari hotel anda. Ingat, jadikan Pasar Ben Thanh mercu tanda ketika membaca peta. Peta HCMC sebenarnya mudah dinavigasi kerana jalanraya di sana tersusun kemas dan lurus, malah terdapat nama jalanraya di setiap lorong. Jangan kelihatan seperti orang yang kesesatan atau mencari halatuju. Satu tip penting: jika anda sudah berada di Pasar Ben Thanh, dan tempat penginapan anda juga berada di District 1, percayalah anda pasti tidak jauh daripada lokasi tujuan anda.
Ambil beca atau teksi motorsikal kalau tak mampu jalan kaki ?
Jika tubuh anda cergas dan tidak merasa terbeban dengan bagasi, anda boleh berjalan kaki dan tidak perlu mengambil khidmat pemandu beca (cyclo, disebut “siklo”) mahupun teksi motosikal (xeom) yang sentiasa mendekati para pelancong untuk menghantar ke destinasi. Jika anda mengambil khidmat cyclo atau xe-om, kemungkinan besar mereka akan membawa anda berpusing sekitar bandar sebelum menghantar anda ke hotel yang sebenarnya tidak jauh langsung dari lokasi anda mula menaiki cyclo atau xe-om tadi.
Awas, upahnya mungkin agak mahal tau.. ? ? ?
Sebagai upah membawa anda ‘bersiarsiar’ tadi, mereka mengenakan bayaran mahal yang boleh mencapai puluhan ringgit. Bagaimanapun, bagi sesiapa yang ingin merasai pengalaman meredah trafik HCMC dengan menaiki cyclo atau xe-om – selain memiliki bajet yang banyak – maka tidak menjadi halangan untuk mencubanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source