Trojan Horse – The Patriots
Kalau korang tengah guna PC, tiba-tiba antivirus kata ada Trojan Horse, mesti korang tahu itu virus. Tapi, tahukah korang yang kisah Trojan Horse adalah sebuah lagenda Yunani Purba.
Kuda Trojan merupakan ‘hadiah’ dari orang Yunani yang diberikan kepada kota Troy. Kejadian ini berlaku ketika Perang Trojan yang disebutkan dalam “Iliad” dan “the Odyssey” tulisan Homer.
Pertahanan kota Troy yang kukuh membuatkan pihak Yunani hampir berputus asa. Sehinggalah seorang tukang kayu, Epeius membina sebuah patung kuda yang besar dan boleh dinaiki orang. Helahnya, ia akan digunakan untuk menyelinap ke dalam kota. Inilah yang dipanggil Trojan Horse.
Pihak Yunani berpura-pura berundur dan menaiki kapal. Mereka meninggalkan Trojan Horse di tanah Troy, lalu berlabuh di pulau Tenedos. Pihak Troy yang melihat musuh berundur, mula menyangka pasukan Yunani sudah menyerah kalah. Patung kuda besar yang ditinggalkan pula dianggap sebagai hadiah daripada pasukan Yunani.
Ada seorang pendeta bernama Laocoon yang membantah, “Danaos et dona ferentes – Aku takut dengan Yunani, meski mereka membawa hadiah.”
Namun, Laocoon dan anaknya disengat dua ekor ular besar, sehingga orang ramai menyangkakan itu tanda kemurkaan Dewa. Puak Troy pun mengabaikan kata-kata Laocoon.
Trojan Horse itu dibawa masuk ke dalam kota Troy tanpa ragu-ragu.
Malam itu, orang Troy bergembira dengan bibit-bibit Perang Trojan bakal berakhir. Mereka meminum arak sehingga mabuk dan tidak sedarkan diri.
Di tengah kepekatan malam, tentera-tentera Yunani yang bersembunyi di dalam Trojan Horse itu, keluar dan membuka pintu kota. Pasukan Yunani yang memang menunggu dari luar, segera menyerbu dan membunuh orang Troy yang gempar dengan serangan mengejut itu.
Walaupun ia dianggap lagenda, tetapi taktik Trojan Horse dianggap sebuah strategi peperangan yang sangat berjaya. Helah ini berkesan kerana musuh tidak menganggap ancaman sebagai berbahaya, malahan mempersilakannya masuk dengan senang hati.
Macam tu jugaklah virus Trojan Horse. Korang ingatkan apps biasa je, sekali bila masuk dalam PC terus tak boleh nak pakai.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
Korang yang meminati kisah dan sejarah tamadun, dapatkanlah TAMADUN UNTUK PEMULA. Klik: https://shp.ee/nprx76e
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source