Rai ‘birthday’ sendiri, Wawa Zainal masak pulut kuning, sedekah kepada orang awam
Pelakon serta usahawan terkenal, Wawa Zainal masak pulut kuning dan sedekah kepada orang awam sempena hari lahirnya yang jatuh pada 1 Ramadan bersamaan 12 Mac pada tahun ini.
Menerusi Instagram Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 32, dia memberitahu telah memasak pulut kuning bersama rendang daging untuk diedarkan kepada 20 orang awam sempena hari lahirnya.
Hari lahir jatuh pada 1 Ramadan
Dapat dilihat yang dia sendiri menyediakan juadah tersebut serta membungkusnya sebelum mengedarkan kepada orang awam seperti pelajar, penghantar makanan e-hailing dan pekerja am.
“Sempena hari lahir dan first day puasa wawa masak dan kongsi dengan 20 org harini . Alhamdulillah selamat berbuka dan selamat menjamu selera Kalau tak sedap diam2 tau,” tulisnya.
Wawa Zainal masak pulut kuning sedekah kepada 20 orang
Selain memasak dan memandu sendiri bagi mengedarkan makanan, Wawa turut memberikan duit raya kepada mereka sempena hari lahirnya sehingga berjaya mengukir senyuman kepada para penerima.
Artikel lain: Misya jadi model tudung, Wawa Zainal dipuji ‘support’ wanita teraniaya
Wawa Zainal masak pulut kuning, dapat pujian ramai
Tindakan tersebut telah menuai pelbagai komen daripada netizen yang rata-rata memuji selebriti itu kerana bersedekah di hari istimewanya.
Mereka juga mengucapkan selamat hari lahir buat Wawa Zainal dan mendoakan agar usahawan itu terus dimurahkan rezeki serta dilimpahi kebahagiaan bersama keluarga.
Teringin nak rasa rendang daging air tangan Wawa
Seronok tengok orang lain bahagia
Sebak tengok orang dermawan lebih2 lagi bulan Ramadan
Sumber: Instagram wawa zainal
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source