Menu aneka cucur yang mudah dibuat untuk hidangan minum petang bersama keluarga.
Cucur yang lembut, gebu dan garing dekat luar, cicah pula dengan sos atau kuah kacang, memang sedap.
CUCUR KETAM BERCILI
BAHAN-BAHAN:
400gm tepung naik sendiri – beli online di sini
150ml air
100gm filemen ketam @ crabstick | dihancurkan
3 tangkai kucai | dipotong kecil
1 biji cili merah | dicincang halus – beli online di sini
1 biji bawang besar | dimayang halus – beli online di sini
1 biji telur
5gm soda bikarbonat
Garam secukup rasa
TONTON Ayam Masak Bali | Dapur Rasa Live
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan cucur di dalam mangkuk besar dan kacau rata. Jika adunan terlalu lembik tambah sedikit tepung dan jika terlalu kental tambah sedikit air.
2. Biarkan adunan cucur selama 10 hingga 15 minit.
3. Panaskan minyak yang banyak. Sudukan sesudu besar bancuhan cucur dan goreng hingga keperangan. Toskan. Hidangkan bersama sos pilihan.
Info Chef: Pastikan anda tidak membancuh terlalu banyak air untuk bancuhan cucur kerana ia akan menjadi tidak kenyal.
CUCUR UDANG RANGUP
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung gandum – beli online di sini
2 sudu makan tepung beras – beli online di sini
300gm udang kecil
2 biji bawang besar dihiris
1 ikat kucai | dihiris
¼ biji lobak merah | dihiris nipis – beli online di sini
1 putih telur
¼ sudu makan serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air dan minyak masak secukupnya
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MEMASAK:
1. Bancuh tepung dengan kesemua bahan lain dan kacau hingga menjadi adunan yang sebati.
2. Perasakan dengan garam secukup rasa dan gaulkan rata.
3. Panaskan minyak dan sendukkan adunan dengan sudu makan kemudian goreng dalam minyak yang banyak dan panas.
4. Balikkan cucur dan goreng hingga masak. Angkat dan sedia dinikmati.
Info Chef: Penambahan tepung beras menambah lagi kerangupan cucur udang sebenar.
CUCUR BILIS KUCAI & CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung gandum
100gm ikan bilis – beli online di sini
8 tangkai cili kering
½ cawan cincangan daun kucai
Garam secukupnya
Air panas secukupnya
TONTON Sizzling Yee Mi, Sedap & Mudah | Dapur Rasa Live
CARA MEMASAK:
1. Campurkan cincangan kucai dan garam ke dalam mangkuk berisi tepung.
2. Sementara itu, potong kecil cili kering kemudian rebus sekejap. Toskan dan tumbuk kasar bersama ikan bilis yang dah dibersihkan.
3. Tuang bahan tumbuk ke dalam bekas berisi campuran tepung. Gaul rata.
4. Tuang air panas (benar-benar panas) ke dalam mangkuk tepung lalu gaul (guna senduk ya, nanti tangan melecur) hingga menjadi adunan yang tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Air panas ni kena pandai agak kuantitinya.
5. Biarkan adunan sekejap (dalam 10-15 minit). Kemudian goreng dalam minyak yang panas hingga keperangan. Hidangkan panas dengan sos pilihan.
Kredit resipi & foto: Chef Sue M Arukin
CUCUR SOSEJ BERSAMA SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
1 biji ubi kentang | dihiris kecil
1 biji bawang besar | dimayang
1 biji telur
2 batang sosej | dihiris nipis
1 cawan air sejuk
1 batang lobak merah | dihiris halus
Sedikit daun kucai | dihiris
Garam secukup rasa
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA MEMASAK:
1. Masukkan hirisan sosej, kentang, bawang, lobak merah, daun kucai, tepung dan telur ke dalam mangkuk besar. Gaulkan dan tambah air sedikit demi sedikit.
2. Gaul adunan supaya sebati dan masukkan garam mengikut cita rasa.
3. Panaskan minyak dan sudukan adunan tepung ke dalam minyak panas. Balik-balikkan cucur dan goreng sehingga kekuningan.
4. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
CUCUR UDANG MAK TUN
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
250gm tauge
150gm daun bawang | potong kecil
150gm bawang besar | hiris
1 sudu teh garam
½ sudu teh serbuk kunyit
2 biji telur
Udang | buang kulit
Lobak merah | optional
Cili merah | optional
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan bahan bersama air sedikit demi sedikit sehinga sebati.
2. Biarkan batter (adunan) selama 30 minit sebelum digoreng.
NOTA:
Goreng dengan api perlahan supaya cucur yang dihasilkan mempunyai tekstur garing di luar dan lembut di dalam.
Kredit resipi & foto: Chef Garang #daporchefgarang
CUCUR KENTANG (POTATO FRITTERS)
BAHAN-BAHAN:
4 biji ubi kentang | kupas kulit dan parut
4 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan tepung gandum
1 biji telur
Daun sup atau daun bawang secukupnya
Sedikit emping cili (chilli flakes)
Serbuk lada putih secukupnya
Serbuk pati ayam secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dalam bekas bersesuaian. Gaul rata.
2. Biarkan adunan selama 5 minit dan gaul sekali lagi hingga sebati dan adunan menjadi basah. Adunan tidak perlu ditambah air kerana air dari ubi kentang akan keluar.
3. Panaskan minyak dan goreng adunan mengikut saiz dan ketebalan yang disukai.
4. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nurul Natasya Tasya
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Resipi Mudah Tumis Petola Dengan Bebola Ikan, 10 Minit Dah Siap!
Lempeng Lembut Gebu Sampai Esok Pagi, Wanita Ini Kongsi Petuanya
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source