“Daddy Janji, Daddy Akan Buat Awak Manusia Paling Bahagia” -Dedikasi Istimewa Fizi Ali Buat Ameena
Kehadiran tahun 2023 dalam masa beberapa minggu sahaja lagi pastinya mengujakan para pelancong dan pengembara dari Malaysia yang tidak sabar lagi perancangan perjalanan masing-masing selepas fasa endemik semakin beransur pulih.
Korang tentu mempunyai destinasi impian untuk dituju pada tahun hadapan. Bagaimanapun, tahukah korang terdapat beberapa laluan penerbangan baru yang akan diperkenalkan bermula 2023. Malah sesetengah daripadanya juga telahpun diperkenalkan pada akhir tahun ini.
Sementara itu, ada juga lalu penerbangan lain yang dilaporkan telah digantung oleh syarikat operasi.
Pastikan korang alert dengan destinasi di bawah agar perancangan kembara bertambah lancar.
Penerbangan Semula Ke Busan, Korea Selatan
AirAsia X akan menjadi syarikat penerbangan pertama dari Malaysia yang akan menyambung semula laluan terus Kuala Lumpur ke Busan, Korea Sealatan bermula awal 2023.
Ini sekaligus akan menjadi laluan kedua AirAsia X ke Korea Selatan selepas melancarkan semula penerbangan ke Seoul pada April lalu. Ia akan dijadualkan sekerap tiga kali seminggu dan AirrAsia X menjangkakan ia akan meningkat kepada penerbangan harian menjelang akhir tahun 2023.
Penerbangan Semula Ke Jeddah, Arab Saudi
Berita baik kepada korang yang sedang merancang untuk menunaikan ibadah umrah pada tahun hadapan. AirAsia X memperkenalkan semula penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Jeddah, Arab Saudi bermula November lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2)
AirAsia X juga pada masa yang sama bergabung usaha engan platform kembara dan gaya hidup mesra Muslim Capital A, IKHLAS untuk menawarkan pakej umrah pada harga berpatutan. Penerbangan yang disediakan sekerap enam kali seminggu ini juga akan menyediakan pilihan kembara dan umrah secara kendiri tidak lama lagi.
Pengenalan Syarikat Penerbangan MYAirline
Syarikat Penerbangan Tambang Rendah (LCC) baharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd telahpun beroperasi secara rasmi bermula 1 Disember lalu di mana ia menawarkan tiga lalua domestik pertamanya.
Tiga laluan penerbangan itu membabitkan laluan Kuala Lumpur ke Langkawi, Kuala Lumpur ke Kuching dan Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu.
Apa yang menarik mengenai MYAirline adalah harga tiket ‘tidak masuk akal’ yang ditawarkan. Perlahan-lahan, MYAirline katanya akan menambah kekerapan penerbangan. Ia juga sedang merancang untuk menawarkan penerbangan ke Kota Bharu, Pulau Pinang, Sibu, Tawau, Miri, Alor Setar, Terengganu dan beberapa lagi destinasi dalam negara lain.
ARTIKEL BERKAITAN : AirAsia Tidak Lagi Boleh ‘Duduk Diam’, MYAirline Sasar Tambang Lebih Murah & Tepati Waktu M ulai 2023 – REMAJA
Terbaru, MYAirline pada 6 Disember 2022 mengumumkan ia bersedia membuka laluan baharu ke Kota Bharu, Pulau Pinang dan Sibu. Penjualan tiket serendah RM49 sehala telahpun mula dijual dan promosi ini hanya dibuka sehingga 11 Disember ini sahaja.
Laluan Baharu Dari Sibu Ke Singapura
Geng di Sibu, Sarawak tidak perlu lagi transit di KLIA untuk melancong ke Singapura setelah AirAsia melancarkan laluan baharu tersebut baru-baru ini.
Ia menawarkan penerbangan sekerap empat kali seminggu berikutan permintaan tinggi daripada warga Sarawak. Terdahulu, AirAsia hanya menawarkan laluan dari Kuching dan miri ke Sarawak sahaja.
Penerbangan Semula Kuala Lumpur Ke Melbourne, Australia
Akhirnya, kita kembali mempunyai pelbagai pilihan penerbangan ke Australia apabila AirAsia X kembali membuka satu persatu laluan ke negara Kangaroo itu.
Pada November lalu, ia telah memperkenalkan semula penerbangan ke Melbourne Australia dan menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, AirAsia bersedia untuk meningkatkan frekuensi penerbangan kepada tujuh hari seminggu bermula suku pertama 2023 ke Australia (Sydney, Melbourne dan Perth) dan New Zealand (Auckland).
Penerbangan Terus Kuala Lumpur Ke Yogyakarta, Indonesia
Korang kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk melancong ke Indonesia apabila Malaysia Airlines pada bulan November lalu melancarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Yogyakarta, Indonesia.
Penerbangan sekerap dua kali seminggu iaitu pada hari Rabu dan Ahad itu mengenakan tambang penerbangan bermula daripada RM1,255. Tepuk dada tanya selera.
Penggantungan Penerbangan Ke Brisbane
Walaupun lebih banyak laluan penerbangan yang telah diperkenalkan dan dibuka semula, ada juga laluan yang telah digantung buat sementara waktu untuk memulihkan operasi syarikat penerbangan.
Di Malaysia Airlines, mereka terpaksa menggantung laluan Kuala Lumpur-Brisbane bermula 27 Mac 2023 yang dikhabarkan tidak mencapai kapasiti penumpang optimum berbanding destinasi Australia lain seperti Sydney, Melbourne, Perth dan Adelaide.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source