Shahrol Shiro terhantar anak ke sekolah salah, disedari selepas beberapa jam
Perkongsian pelawak Shahrol Shiro di platform TikTok menarik perhatian warganet gara-gara dia terhantar anak ke sekolah yang salah, semalam.
Shahrol Shiro terhantar anak ke sekolah salah!
Menerusi hantaran dimuat naik, Shahrol Shiro atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi memaklumkan insiden dia terhantar anak ke sekolah salah hanya disedari selepas beberapa jam sesi persekolahan bermula.
Dalam video berdurasi seminit sembilan saat itu, Shahrol Shiro menerima panggilan daripada pihak sekolah yang memintanya untuk hadir berkenaan perihal anaknya, Iqi yang memasuki Tahun 1.
Dia juga menyoal pihak sekolah mengenai perkara yang telah dicetuskan oleh anaknya, namun dimaklumkan kesalahan itu dilakukan oleh dirinya sendiri.
“Awak salah hantar anak awak ke sekolah. Ini bukan sekolah anak awak!”jawab pihak sekolah sehingga membuatkan dia terkejut.
Artikel lain: Achey masuk hospital, Shahrol Shiro datang bawa buah tangan ‘unik’
Pihak sekolah memaklumkan perkara tersebut disedari oleh anak Shahrol Shiro sendiri selepas beberapa jam menjalani sesi pembelajaran di sekolah tersebut.
“Tak tahu sekolah eh? Ha kau ni mabuk eh? Nasib baik anaknya cerdik,”maklum pihak sekolah lagi.
Isteri yang uruskan kemasukan sekolah anak
Jelas pelawak berusia 39 tahun, kejadian tersebut berlaku kerana selama ini isterinya, Nor Farhanah Syamimi yang menguruskan kemasukan anaknya ke Tahun 1 kerana dia sibuk bekerja.
“Yang uruskan dua hari itu, mak dia. Ini hari kedua, saya yang nak hantar. Dalam otak saya, orang rumah (isteri) saya selalu cakap, kita hantar dia ke sekolah Kampung Melayu.
“Yang otak saya ni, dia sekolah Kampung Melayu. Selepas balik, isteri bertanya,’hantar anak kat mana?’ Saya cakaplah, sekolah Kampung Melayu. Kemudian, isteri cakap ‘dia (anak) sekolah Tunku Mahmood,”cerita Shahrol kepada pihak sekolah.
Dia kemudiannya meminta maaf kepada anak kerana tersalah hantar ke sekolah yang bukan sepatutnya.
“Iqi pun masuk tadi tak bagitahu ini bukan sekolah Iqi,”kata Shahrol.
Jawab si anak, “Iqi tak nampak, so Iqi macam yalah ni sekolah Iqi lah. Yalah, yalah, masuk jelah.”
@shahrol.shiro Atas faktor kesibukan kerja, sy minta bantuan isteri uruskan kemasukkan darjah satu sekolah anak. Dalam perbincangan nak masukkan Iqi ke sekolah mana, ada dua nama sekolah yang disebut. Cerita hari ini, sy hantar anak ke sekolah. Lepas beberapa jam hantar Iqi, sy dapat satu panggilan telefon katanya dari pihak sekolah. Risau jugak la kalau ada apa2 berlaku, rupanya sy tersalah hantar anak ke Sekolah 🤣🤣🤣 Iqi dah siap masuk kelas belajar tapi dia pelik bila tengok padang tak sama macam sekolah dia pergi sebelum puasa tu. Terus dia jumpa cikgu bagitau “Cikgu, rasanya saya salah sekolah ni”. Cikgu tengok nametag dia “Eh, betullah, kamu bukan sekolah sini”. Terus dia hantar ke pejabat. Kepada ayah di luar sana, jangan lakukan kesilapan sebegini. Maafkan ayah yer Iqi 🤣🤣🤣 dan terima kasih cikgu2 yang membantu 🙏🙏🙏
Pukul 7 pagi hantar, pukul 10 pagi baru perasan!
Sementara itu, isteri Shahrol turut berkongsi sambungan daripada kisah suaminya terhantar anak ke sekolah yang salah di rumah.
Sumber: TikTok @shahrol.shiro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source