Bukan perkara membanggakan, Oktovia Manrose malu kisah dengan Aliff Aziz diungkit
Pelakon, Oktovia Manrose malu kisah dengan Aliff Aziz dahulu diungkit netizen susulan kontroversi yang melanda aktor berkenaan baru-baru ini.
Bukan perkara membanggakan
Menerusi laporan dari Mstar, Oktovia memaklumkan yang dirinya sedar kisah lamanya itu kembali diungkit memandangkan dirinya pernah terpalit isu panas sekitar 2019.
Ujarnya, dia akui malu tetapi tidak mahu melatah kerana semua yang terjadi sudahpun berlalu.
“Ada juga nampak (berita lama), tapi perkara itu bukan sesuatu yang perlu dibanggakan pun sebenarnya.
“Memang saya malulah, pernah terpalit dengan isu kontroversi tersebut, tapi tidak mengapa tak perlu nak melatah. “Past is past, teruskan hidup,” katanya.
Artikel lain: Cuma 30 minit, Ruhainies hanya berkawan dengan Aliff Aziz
Oktovia Manrose malu, tak berani cakap lebih2
Dia juga menjawab perbandingan beberapa pihak berkenaan dirinya dan Aliff Aziz yang masih lagi terpalit dengan kontroversi hampir serupa ketika ini.
Jelas pemilik nama sebenar, Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman, 33, setiap manusia mempunyai ujian mereka sendiri dan apa yang sedang dilalui Aliff mungkin adalah dugaan yang harus ditempuhi dalam hidup.
“No komen, nak cakap lebih-lebih pun tak boleh sebab kita bercakap fasal hidayah dan perubahan seseorang.
“Macam saya dapat hidayah dan saya ambil, Alhamdulillah kekal sampai sekarang.
“Tapi masing-masing ada ujian tersendiri, mungkin dia (Aliff) masih diuji dan belum belajar dari kesilapan lalu,” jelasnya.
Oktovia Manrose malu dengan kisah lama, doakan urusan Aliff & isteri dipermudah
Dalam pada itu, anak kepada bekas penyanyi dangdut terkenal, Iwan Dangdut sempat mendoakan agar segala urusan Aliff dan isterinya, Bella Astillah dipermudah lebih-lebih lagi ketika waktu sukar begini.
“Kita doakan yang baik saja untuk semua. Untuk Bella, Aliff dan semoga mereka dipermudahkan urusan dan bahagia… insyaAllah,” ujarnya.
Untuk rekod, nama Oktovia Manrose pernah dikaitkan dengan aktor terbabit selepas Bella mendedahkan kecurangan suaminya di media sosial bersama pelakon wanita itu sekitar tahun 2019.
Walau bagaimanapun, dia telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Bella dan mengakui bahawa kesilapannya kerana keluar dengan suami.
Oktovia yang kini sudah berhijrah menjadi lebih baik sudahpun mendirikan rumah tangga dan juga mempunyai cahaya mata.
Sumber: Mstar (Amin Hazlan)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source