Jauh dari kata cerai, Umisya Mazlan berdamai dengan takdir
Umisya Mazlan berdamai dengan takdir apabila menyatakan yang dirinya sudah reda dengan apa yang berlaku dalam hidupnya selepas suami bernikah lagi.
Pasrah dan reda dengan ketentuan
Menerusi perkongsian Umisya Mazlan di TikTok wawaofficialhqhub, dia menyatakan yang dia sudah berdamai dengan takdir dan kehidupan rumah tangganya dengan Aslam masih lagi berjalan.
“Saya pernah keluarkan di IG Story dan media sosial yang kita kena berdamai dengan takdir yang dah jadi. Dan sekarang ni saya dan berdamai dengan takdir dan jauh sekali dalam proses penceraian,” katanya.
@wawaofficialhqhub Replying to @aniwahida #virtualhugformisya #wawascarves #umisyamazlan #umisyamazlandutawawascarves #wawacosmeticshq #wawacosmetics
♬ original sound – @Becrushcosmetics.co – @Becrushcosmetics.co
Umisya Mazlan berdamai, anggap ujian rumah tangga
Menurut Umisya, sudah menjadi lumrah dalam rumah tangga apabila ada pasang surutnya dan mungkin apa yang berlaku adalah ujian untuknya.
Dia yang kini reda berpoligami akui kini sudah reda dengan ketentuan yang berlaku.
“Tapi saya dah terima apa yang terjadi. Macam biasalah, dalam setiap rumah tangga mesti ada dia punya naik turun, ada macam-macam ujian yang datang.
“Nak pula bila berpoligami, lagi macam-macam (ujian). Jadi apa yang saya buat sekarang adalah saya terima, reda dengan ujian yang datang,” ujarnya.
Umisya Mazlan berdamai dengan takdir, mohon doa yang terbaik
Tambah ibu kepada dua orang cahaya mata ini, tiada sebarang penceraian berlaku ketika ini dan berharap agar orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat mereka.
“Jadi tiada lagi penceraian setakat ini, doakan yang baikbaik untuk saya sebab ini semua ujian untuk kami bertiga,” kata Umisya.
Artikel lain: Bukan konten, Umisya Mazlan tak tahu Marissa & Aslam jadi model ‘brand’ sama
Terdahulu, rumah tangga Umisya dan Aslam telah diuji apabila wujud kehadiran orang ketiga yang juga merupakan anak kepada selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim.
Marissa dan Aslam dipercayai telah bernikah di Thailand tanpa pengetahuan isteri pertama yang ketika itu sedang mengerjakan umrah pada akhir tahun lalu.
Setakat ini, Marissa dan Aslam masih lagi mengunci mulut berhubung dakwaan tersebut namun ibu kepada remaja perempuan berusia 19 tahun itu mengakui bahawa berlaku pernikahan antara mereka.
Sumber: TikTok wawaofficialhqhub
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source