Diminta boikot Aliff Aziz? Rizman Ruzaini kekal profesional & tak masuk campur urusan peribadi
Duo pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini kekal profesional dan tidak masuk campur akan urusan peribadi selebriti Aliff Aziz meskipun ramai dalam kalangan warganet bertindak mahu ‘boikot’.
Ia susulan isu panas melibatkan pelakon yang juga penyanyi, Aliff Aziz yang dicekup berkhalwat dengan aktres, Ruhainies pada 9 Mac lalu di sebuah kondominium mewah di ibu negara.
Rentetan itu, wujud gerakan netizen yang mahu memboikot jenama fesyen atau mana-mana produk membabitkan dua selebriti berkenaan.
Rizman Ruzaini enggan masuk campur, kekal profesional
Menurut Pengasas Bersama dan Pengurus Urusan Rizman Ruzaini iaitu Rizman Nordin, meskipun jenama mereka terkena tempias, namun mereka tidak mahu memberi fokus terhadap fokus itu.
Sebaliknya, terus kekal profesional dengan tidak mencampuri urusan peribadi melibatkan pasangan selebriti Aliff Aziz dan isteri, Bella Astillah yang menjadi antara wajah untuk koleksi Raya 2024 RR by Rizman Ruzaini.
“Saya sebenarnya memang tak nak campur dalam hal ini. Sejak dahulu lagi, kami akan cuba elak daripada sebarang kontroversi. Kami hanya buat kerja kami sahaja.
“Ketika ini, memang ada beberapa komen negatif di Instagram tapi saya memilih untuk padam dan sekat individu tersebut.
“Pada saya, platform media sosial itu merupakan rumah kami. Kalau ada yang datang mencemarkan rumah kita, itu sahaja jalannya,”kata Rizman.
Artikel lain: Tak sokong kelakuan buruk, produk kecantikan kaburkan muka Ruhainies dalam iklan
Rizman Ruzaini tak salah, hanya buat kerja
Katanya lagi, jenamanya tidak salah melakukan kerjasama dengan Aliff seperti mana dilakukan oleh Fizi Woo juga. Ini kerana mereka hanya berurusan dengan artis, ia sekadar urusan bisnes dan bukan hal kontroversi.
Malah, sesi fotografi tersebut dilakukan sebelum kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Ruhainies tercetus.
Dalam pada itu, Rizman akui latar belakang dan ‘track record’ seseorang selebriti memainkan peranan penting dalam menjalinkan sebarang bentuk kerjasama.
“Kalau nak ikutkan, setiap kali kami memilih mana-mana selebriti untuk menjadi duta, kita akan cuba elak daripada artis yang punyai kontroversi.
“Perkara yang lebih penting adalah imej jenama itu sendiri. Kami menjalankan urusan bisnes dan kontroversi tidak boleh duduk sekali.
“Kami pula tak percaya yang kontroversi boleh menaikkan nama sesebuah jenama. Kami lebih percaya kepada hasil kerja,” katanya lagi.
Tak terkesan sebab ramai duta
Sementara itu, Rizman Ruzaini mengakui wujud segelintir netizen yang mahu memboikot jenama mereka kerana menggunakan Aliff sebagai salah seorang model koleksi raya tahun ini.
Rizman bagaimanapun menegaskan sebagai pereka fesyen mereka hanya bergerak sebagai entiti perniagaan dan tidak mencampuri kontroversi peribadi mana-mana selebriti.
“Kami tak terkesan kerana selebriti kami yang menjadi duta agak ramai. Koleksi kami pula sangat besar, kami tak rasa terpalit.
“Lagipun, dia (Aliff) bukan wajah utama jenama kami,” akhirinya.
Terdahulu, Rizman Ruzaini telah pun melancarkan hampir 200 koleksi Raya RR 2024 yang terdiri daripada pakaian lelaki, wanita, kanak-kanak, beg tangan dan eksesori.
Sempena sambutan Syawal ini juga, butik Rizman Ruzaini akan beroperasi di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur sehingga 8 April depan.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila wajah Ruhainies turut dikaburkan dalam sebuah video promosi produk makanan kesihatan disebabkan kontroversi tangkap khalwat.
Aktres itu juga turut menarik diri daripada terlibat dengan jualan mega raya Starvendors anjuran Ifa Raziah kerana enggan menjejaskan rezeki peniaga lain yang terlibat dalam acara yang dijangka berlangsung pada 29 Mac hingga 1 April depan.
Sumber: Media Hiburan (Aizam Manaf)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source