Sebenarnya, aktiviti memancing mempunyai banyak rahsia yang anda mungkin tidak tahu. Malah, seperti hobi yang lain, memancing merupakan aktiviti yang sihat untuk fizikal dan mental seseorang.
Memancing bukan sahaja mampu merendahkan tahap stres seseorang, malah ia juga boleh bantu lelaki jadi makin cergas!
7 sebab mengapa anda perlu jadikan memancing satu hobi
1. Bantu Jadi Lebih Cergas
Bukan mudah untuk mendaratkan seekor ikan yang bersaiz besar ya! Seorang lelaki perlu merangsang kekuatan pada bahagian lengan, bahu, belakang dan juga kaki untuk menarik seekor ikan ke darat.
Bukan itu sahaja, kadang-kadang, tempat memancing yang menjadi port juga jauh daripada kawasan awam. Peminat aktiviti memancing perlu mendaki sedikit ataupun berjalan 10 hingga 15 minit sebelum tiba ke destinasi yang dituju.
Tambah lagi, khemah dan peralatan memancing juga perlu dipasang, dan semua aktiviti ini juga perlukan tenaga!
Siapa kata aktiviti memancing ini hanya duduk dan tunggu sahaja?
2. Memancing Tambah Vitamin D Dalam Badan
Vitamin D banyak terkandung dalam sinaran matahari. Oleh itu, individu yang sukakan aktiviti yang dilakukan di luar rumah pasti dapat menerima vitamin D yang cukup untuk badan.
Antara fungsi vitamin D adalah untuk membantu penyerapan kalsium dan juga phosphorus dalam badan. Vitamin D juga bantu sistem imun berfungsi dalam kadar yang normal.
Jika anda tidak mendapat vitamin D yang mencukupi, penyakit seperti osteoporosis boleh menyerang anda di kemudian hari.
Menurut pakar, individu yang gemar menghabiskan masa dikelilingi dengan alam sekitar mempunyai keupayaan untuk fokus dengan lebih lama.
Tambah lagi, di dalam jurnal British of Sports Medicine, individu yang suka duduk di bawah pohon yang rendang dan menghabiskan masa di tepi sungai mempunyai keupayaan untuk fokus dalam jangka masa yang lebih panjang.
4. Bantu Kurangkan Stress
Kajian mendapati bahawa orang dewasa yang mempunyai hobi kurang berisiko untuk mengalami stres ataupun depresi.
Mereka juga mempunyai mood yang lebih baik jika dibandingkan dengan individu lain yang tidak mempunyai hobi.
Aktiviti memancing yang membolehkan peminatnya untuk keluar menghirup udara segar sambil menghayati keindahan alam sekitar sudah pasti boleh membuatkan sesiapa sahaja rasa lebih tenang dan bahagia.
Jika anda alami masalah tidur malam, cuba libatkan diri dengan aktiviti memancing. 40% orang dewasa mendapati mereka lebih tenang ketika berada di sekeliling air.
5. Individu dengan hobi memancing banyak kawan, sahabat.
Pasti seronok bukan jika sepanjang hari dikelilingi oleh orang yang mempunyai minat dan juga hobi yang sama.
Bukan sahaja dapat berkongsi pendapat, malah, mungkin pada hujung sesi memancing nanti anda boleh jumpa kawan baru!
Tambah lagi, ada dalam kalangan pemancing yang melakukan aktiviti ini sebagai aktiviti kekeluargaan.
Seorang ayah mungkin akan bawa anak lelakinya memancing pada waktu senggang. Ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara mereka.
6. Hobi memancing bantu tingkatkan keyakinan diri
Kaki pancing selalunya gemar bertukar-tukar cerita antara satu sama lain.
Mereka akan bercerita tentang pengalaman memancing yang lepas seperti ikan apa yang telah mereka tangkap ataupun tempat yang terbaik yang mereka pernah lawati.
Semua aktiviti ini boleh bantu para pemancing untuk tingkatkan keyakinan diri mereka. Tambah lagi, hobi memancing juga boleh bantu asah skil komunikasi dalam berhubung dengan orang lain.
7. Amalan memancing ikan bantu anda lari sebentar dari dunia nyata
Seperti hobi lain, hobi memancing amat membantu penggiatnya untuk lari sebentar dari dunia nyata dan hiruk-pikuk kota.
Setelah menghabiskan banyak masa terperangkap dalam pejabat dan hanya duduk di hadapan skrin komputer, pasti mental rasa lega ketika mendengar bunyi jeram di sungai.
Kepala juga rasa lebih ringan ditiup angin sejuk di luar bandar. Pasti badan yang rasa lelah terus jadi bersemangat ketika memancing!
***
Artikel ini diambil dan diolah dari Keluarga.
BACA LAGI : Hanya Sekadar Hobi, Remaja Malaysia Tak Sangka Foto Dipilih Apple
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source