Norman Hakim mengalah, mohon maaf secara terbuka kepada Abby Abadi
Pelakon Norman Hakim mengalah, mohon maaf secara terbuka kepada bekas isterinya, Abby Abadi menerusi ruangan komen pada salah satu hantaran Instagram.
Norman Hakim minta maaf, akui silap
Permohonan maaf itu dibuat selepas kecoh di media sosial mengenai perbalahan Norman dan Abby mengenai isu pernikahan anak perempuan mereka, Marissa Dania bersama suami, Ahmad Aslam.
Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon berkata, dia mengalah dan meminta maaf kepada Abby Abadi atas segala kelemahan dirinya selama ini.
Ujar aktor bertubuh sasa berusia 48 tahun, dirinya bertanggungjawab atas segala kekhilafan yang dilakukan.
“Oklah bok (Abby Abadi), ampun maaf untuk yang ke-sekian kali untuk segala kelemahan salah dan silap.
“Saya ambil tanggungjawab ni, andai ini semua khilaf saya. Seperti yang saya katakan, insyaAllah, saya usaha yang termampu,”katanya.
Komen sebab tak boleh hubungi Abby Abadi
Dalam pada itu, Norman Hakim menyatakan dia terpaksa meninggalkan komen secara umum berikutan gagal untuk menghubungi bekas isterinya.
Kongsi suami kepada aktres Memey Suhaiza, anaknya juga kirim salam sayang buat Abby Abadi.
“Jarang saya nak komen secara umum tapi kami tiada akses untuk menghubungi kamu.
“Dania kirim salam sayang. Doakan yang baik-baik,”tulisnya.
Sejak semalam, kecoh di media sosial apabila tularnya komen perbalahan antara kedua selebriti itu di mana Norman meminta Abby berhenti berkongsi mengenai Dania
Dalam komen tersebut, Norman meminta Abby supaya berhenti berkongsi mengenai Marissa kepada umum bagi mengelakkan lebih banyak salah faham berlaku.
Artikel lain: Kongsi video berbuka dengan Marissa, netizen anggap Memey Suhaiza tiada ‘common sense’
Malah, dia juga menafikan dirinya bersikap lepas tangan dalam menyelesaikan masalah anak kedua hasil pernikahan dengan bekas anggota kumpulan Elite.
Sebelum ini, Abby mengesahkan bahawa Marissa dan Aslam telah bernikah di Thailand seperti mana dakwaan yang tular sebelum ini.
Bagaimanapun, dia menggesa puterinya itu untuk mendaftarkan perkahwinan tersebut di Malaysia.
Sementara itu, Marissa atau nama penuhnya Marissa Dania Hakim memuat naik sekeping gambar di Instagram Story yang memaparkan dia bersama ibu bapa kandung dan juga ibu bapa tirinya.
Dia kemudiannya menulis kapsyen ringkas ‘never fails’ pada foto tersebut bersama emoji berwarna merah.
Sumber: Instagram Abby Abadi
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source