Pejam celik dah seminggu lebih umat Islam berpuasa. Mungkin ada yang dah bosan berbuka dirumah bolehlah survey tempat-tempat menarik dan sedap untuk berbuka puasa bersama keluarga atau kawan-kawan.
Empat tempat berikut antara yang boleh anda jadikan pilihan untuk berbuka nanti.
Berbuka Puasa di Restoran Rasa Rosz, Aeon Big, Wangsa Maju
Bagi yang tidak makan banyak ketika berbuka, Restoran Rasa Rosz ini boleh anda kunjungi. Menyediakan tiga jenis set hidangan berbuka puasa yang cukup enak dan menyelerakan dengan harga yang berpatutan.
Restoran yang terletak di dalam AEON Big, Wangsa Maju ini menawarkan suasana yang bersih, sejuk dan dingin ketika berbuka puasa. Ditambah pula dengan keadaan cuaca yang panas sekarang ini sudah pasti Restoran Rasa Rosz adalah pilihan tepat untuk berbuka puasa sambil menjamu selera dan bersantai bersama keluarga tercinta.
Set jom iftar yang disajikan di sini bermula dengan harga RM38.00 sehingga RM78.00. Restoran Rasa Rosz menghidangkan sajian lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion yang patut dicuba berupa Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Cucur Udang, Pasta Asam Pedas Fettucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Garing, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi.
Bagi yang berbuka di sini, setiap set iftar yang dipesan akan dihidangkan bersama kuih muih, pencuci mulut dan salah satu pilihan minuman iaitu air kathira, air jagung dan air keladi.”
Bufet Ramadan Di Rose Hall & Events, Glo Damansara
Buat julung kalinya Rose Hall & Events yang terletak di Glo Damansara mengadakan bufet Ramadan dengan menampilkan lebih 200 hidangan buat tetamu yang ingin berbuka puasa di sini.
Berkonsepkan Glo Ramadhan 2024 adalah seperti Mee Rebus Tulang Seketoi, menu kampung istimewa seperti Gulai Kawah Batang Pisang, pelbagai kerabu, aneka mee stall, nasi tomato corner, pelbagai bubur, tradisi raya, ais krim nostalgia dan sebagainya.
Selain itu, 200 jenis aneka juadah disediakan dan juga beraneka kuih-muih Melayu Tradisional sebagai pemanis mulut. Antara menu yang akan di masak secara langsung di hadapan pelanggan adalah Roti John Penyondol.
Antara kemudahan dan fasiliti yang di sediakan adalah lift, surau, tandas dan juga ruangan parkir yang luas bagi kemudahan para pelanggan dan tetamu. Lagi best dah siap makan boleh bergambar di pelamin yang terdapat di hall tempat berbuka puasa tersebut.
Dibuka setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad sepanjang Ramadan ini, harga bufet yang ditawarkan ialah RM99 untuk dewasa dan RM59 untuk kanak-kanak.
Bufet Ramadan Polperro Steak House di Dewan Tengku Zara, Shah Alam
Buat pertama kalinya Polperro Steak House menawarkan Buffet Ramadan kepada orang ramai bermula 14 Mac hingga 9 April 2024. Apa yang menarik di Grand Buffet Western Cuisine, pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai juadah makanan (barat) lain dari yang lain.
Makanan western kini sentiasa menjadi pilihan ramai. Di Grand Buffet Western Cuisine oleh Polperro menyedikan konsep makanan barat yang berbeza tetapi masih dekat di hati orang Melayu. Buffet Ramadhan kali ini menyajikan 100 lebih makanan-makanan barat, asian food & live cooking.
Antara menu istimewa lain yang terdapat di sini ialah seperti makanan Street Food yang sudah pasti ramai pengemarnya (Kambing Golek, Pelbagai Ikan Bakar, Pelbagai Sup Aneka, Apam Balik, Burger, Roti John, Ice Cream, Chicken Wing, Dim Sum, goreng-goreng dan lain-lain).
Tawaran bufet dari Grand Buffet Western Cuisine berharga RM79.90 seorang untuk dewasa manakala kanak-kanak adalah sebanyak RM39.90 dan senior citizen berharga RM59.90.
Iftar Citarasa Kampung Lah di G2G by MTG Garden Hall, Seri Kembangan.
Ibarat pulang ke kampung halaman, itu perasaan yang akan dirasai pengunjung tatkala melangkah masuk ke buffet Ramadan Kampung Lah, Iftar Citarasa Kampung Lah di G2G by MTG Garden Hall, Seri Kembangan.
Membawa tema kampung halaman ke bandar, pengunjung disajikan dengan hampir 100 hidangan Melayu asli resipi turun temurun Negeri Sembilan yang akan memberi citarasa berbeza terutama kepada mereka yang merindukan suasana berbuka di kampung.
Sinonim dengan Negeri Sembilan, juadah yang paling istimewa di sini tentulah masakan salai lemak cili api citarasa asli, resipi tradisi Negeri Sembilan iaitu disalai sendiri menggunakan tempurung kelapa.
Kampung Lah turut menyediakan hidangan kambing golek yang berbeza daripada destinasi berbuka lain. Selain kambing golek, pengunjung juga berpeluang untuk merasai Mee Sotong Hj Tamin yang popular di Johor. Itu antara keistimewaan yang diperkenalkan Kampung Lah tahun ini kepada pengunjung.
Iftar Citarasa Kampung-Lah membuka tirai hidangan pada 15 Mac sehingga 5 April 2024 dengan tawaran harga mampu milik bermula RM109 untuk pengunjung. Selain itu, tawaran potongan 50 peratus kepada kanak-kanak dan warga emas juga turut ditampilkan selain potongan harga istimewa untuk organisasi bagi belian kuantiti besar.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source