Sistem pemerintahan monarki mutlak hanya diamalkan oleh beberapa negara-negara di seluruh dunia, namun begitu sistem pemerintahan sebuah negara yang memiliki raja atau sultan dilengkapkan dengan kehadiran Perdana Menteri dan juga Jemaah cabinet yang dipilih dari pilihanraya.
Malaysia sebagai contohnya, mengamalkan sistem raja berpelembagaan yang bermaksud Raja adalah merupakan ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara. Antara negara yang masih mengamalkan pemerintahan monarki mutlak adalah negara Brunei Darussalam, Oman dan Swaziland.
Keluarga DiRaja merupakan keluarga yang dihormati oleh rakyat. Sistem pewarisan takhta pula akan jatuh kepada anak sulung lelaki. Putera-putera mahkota ini menjadi tunggak lambang kepada institusi DiRaja.
- Putera Al-Hussein bin Abdullah
Diputerakan pada 28 Jun 1994, putera mahkota Jordan ini merupakan anakanda kepada Raja Abdullah II dan Permaisuri Rania Al-Abdullah. Bakal mewarisi takhta Jordan suatu hari nanti, baginda merupakan anak sulung dari empat beradik. Mendapat pendidikan di Universiti Georgetown, Washington dalam bidang sejarah antarabangsa, baginda merupakan individu termuda mempengerusikan sesi Majlis Keselamatan PBB pada usia 20 tahun.
- Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Baginda merupakan anakanda kepada Yang DiPertuan dan Permaisuri Agong Malaysia ketika ini. Diputerakan pada 17 September 1995, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Mahkota Pahang ini merupakan seorang yang sangat cakna dan prihatin terhadap rakyat setempat.
Kelibat baginda yang tidak kekok menyantuni rakyat jelata membuatkan masyarakat lebih hormat kepadanya. Selain bergelar seorang graduan lulusan Geneva School of Diplomacy and International Relations di Switzerland dalam bidang Hubungan Antarabangsa, Tengku Hassanal juga telah menyelesaikan pengajiannya di Akademi Tentera DiRaja Sandhurst, United Kingdom pada tahun 2019.
- Putera Moulay Hassan
Baru berusia 18 tahun, Putera Mahkota Maghribi ini diputerakan pada 8 Mei 2003. Anakanda kepada Raja Mohammed VI dan Puteri Lalla Salma ini mula bergiat aktif dengan kerja-kerja diraja sejak tahun 2015 lagi menonjolkan sikap diplomasi semulajadi yang tinggi di dalam dirinya. Baginda bekerja erat dengan ayahandanya dalam memastikan Maghribi kekal sebagai negara yang aman untuk semua orang.
Dengan kekayaan keluarga DiRaja bernilai US$ 5.7 bilion, putera mahkota Maghribi ini terbang serata dunia menggunakan jet Gulfstream G650 bernilai US$67.4 juta. Menarik tentang dirinya, baginda boleh bertutur dalam beberapa bahasa termasuk bahasa Arab, Perancis, Sepanyol dan Inggeris.
- Sheikh Hamdan bin Mohammed Al-Maktoum
Pernah digelar lelaki terkacak di dunia, Putera Mahkota Dubai ini mewarisi takhta putera mahkota selepas kematian kekanda sulungnya. Diputerakan pada 14 November 1982, baginda merupakan anak keempat dari 12 adik beradik. Mendapat pendidikan London School of Economics, baginda juga turut menerima pendidikan ketenteraan dari Akademi Tentera DiRaja Sandhurst, United Kingdom pada tahun 2001. Popular di laman Instagram dengan lebih 11 juta pengikut, baginda selalu berkongsi momen terkini aktiviti yang dilakukan dan juga hobi yang digemari. Pada 15 Mei 2019, baginda telah berkahwin dengan sepupunya iaitu Sheikha Sheikha bint Saeed bin Thani Al Maktoum.
- Putera Guillaume
Diputerakan pada 11 November 1081, Putera Guillaume atau nama panjangnya Guillaume Jean Joseph Marie diangkat sebagai Putera mahkota Luxembourg apabila ayahandanya menaiki takhta pada tahun 2000. Ketika itu baginda baru berusia 19 tahun. Sama seperti putera mahkota yang lain, baginda mendapat pendidikan ketenteraan di Akademi Tentera DiRaja Sandhurst, United Kingdom.
Bagi pendidikan formal pula baginda memulakan pendidikan tinggi di Universiti Kolej, Furham dan juga Universiti Brunel yang terletak di England. Kemudian dia menyambung pengajian di Institut Albert-le-Grand di Perancis dalam bidang sains politik dan persuratan. Berkahwin pada tahun 2012, baginda dan isteri, Countess Stephanie de Lannoy telah dikurniakan seorang cahaya mata.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source