“Jika ingin menghina, hinalah kami ibu dan ayah…” -Ibu Aliff Aziz
“Jika ingin menghina, hinalah kami ibu dan ayah dan tanggungjawab kami hingga ke liang lahad. Kami terima dengan hati yang terbuka dgn izin Allah” tulis ibu Aliff Aziz.
Kenyataan tersebut merupakan luahan ibu Aliff Aziz, iaitu Siti Hafiza Basharahil susulan menerima banyak mesej dan komen yang menghentamnya berikutan isu kontroversi yang sedang melanda anak sulungnya.
Mohon tidak hina insan-insan yang telah tiada
Menerusi luahan di Instagram, Siti Hafiza memohon netizen agar berhenti menghina alahyarham ibu bapanya serta ibu bapa suami kerana mereka tidak ada kena mengena dalam hal tersebut.
Ujarnya, dia menerima semua yang ditulis oleh netizen kepada mereka namun meminta agar tidak melibatkan insan-insan yang sudah tiada.
“Di sini saya hanya ingin berkongsi sedikit pandangan ikhlas. Ramai yang DM saya dengan perbagai kata-kata yang baik atau sebalik nya.
“Saya dan suami menerima semuanya dengan berlapang dada aamiin. Hanya kami mohon pada saudara-saudara se-islam hentikanlah kata-kata kesat atas almarhum ibu dan ayah saya dan juga almarhum orang tua suami saya.
“Ada yang hingga mengkafirkan mereka, memunafikkan orang tua kami memaki menghina dan banyak lagi kata-kata yang kami tidak sampai hati untuk meluah kan disini subhanallah,” ujarnya.
Artikel lain: Ibu Aliff Aziz ‘unfollow’ Bella Astillah di IG, kongsi video ceramah nasihat
Ibu Aliff Aziz mohon maaf dan maafkan semua
Tambah Siti Hafiza, dia dan keluarga dengan rendah hati memohon kemaafan serta memaafkan segala yang berlaku walapun belum pasti kebenarannya.
Jelasnya, dia percaya bahawa Allah S.W.T masih lagi menutup aib kita dan jika suatu hari DIA berkehendak membuka aib hambaNya, pasti akan ada yang merasai seperti apa yang dilalui oleh mereka sekeluarga.
“Kami terima dengan hati yang terbuka dengan izin Allah. Dengan rendah hati kami mohon kemaafan dan juga kami memaafkan semua yang terlalu taksub pada manusia yang belum pasti kebenarannya.
“Yakinlah Allah masih menutup keaiban anda dan jika allah buka keaiban anda pasti akan merasa apa yang kami rasa alhamdulillah. Taksub lah hanya kepada Allah pencipta kita” katanya lagi.
“Hanya pada Allah kami berharap” -Ibu Aliff Aziz
Di akhir perkongsian itu, ibu kepada Aliff juga menyampaikan salam dari mereka sekeluarga serta menyedekahkan Al Fatihah kepada anggota keluarga yang telah pergi.
Terdahulu, ibu kepada Aliff Aziz telah mencuri perhatian netizen susulan dakwaan telah berhenti mengikuti menantunya, Bella Astillah di Instagram.
Perkara tersebut susulan kontroversi melibatkan anaknya yang telah ditangkap khalwat dengan pelakon wanita Ruhainies sebelum Ramadan tempoh hari.
Susulan daripada itu, Bella Astillah telah menfailkan penceraian kepada suaminya pada 11 Mac lalu.
Sumber: Instagram fizaaziz
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source