Usahawan akui silap guna sarung tangan kuning, terima teguran KKM
Susulan tular video menggunakan sarung tangan kuning ketika mengendali makanan, seorang usahawan akui silap terima teguran KKM selepas hal tersebut menjadi perhatian ramai.
Sarung tangan tak sesuai
Menerusi TikTok Dania Sedek, dia yang baru tahu bahawa sarung tangan tersebut tidak sesuai untuk penyediaan makanan telah memohon maaf di atas kekhilafannya serta mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana menegur kesilapannya itu.
@daniasedek Replying to @nia🌧️ Terima kasih sayang sebab tegur dengan baik 🥰 Dania mohon maaf atas kekhilafan Dania. Lepasni Dania akan lebih alert dan akan tukar glove jenis Nitrile (powder-free-glove) untuk mengendalikan makanan seperti yang disarankan oleh KKM. Terima kasih KKM sebab tegur. Semoga saya dan semua dapat pengajaran dari isu ini ❤️
Usahawan akui silap, ucap terima kasih kepada KKM
Ujarnya, penggunaan sarung tangan berwarna kuning itu disebabkan dia memang suka akan warna tersebut, namun telah menyedari kesalahan berkenaan dan membuangnya agar tidak digunakan lagi bagi pengendalian makanan.
Dia juga menyatakan teguran itu sangat berguna kepadanya dan berharap apa yang berlaku menjadi pengajaran kepada semua peniaga di luar sana juga.
“Terima kasih sayang sebab tegur dengan baik . Dania mohon maaf atas kekhilafan Dania. Lepasni Dania akan lebih alert dan akan tukar glove jenis Nitrile (powder-free-glove) untuk mengendalikan makanan seperti yang disarankan oleh KKM.
Terima kasih KKM sebab tegur. Semoga saya dan semua dapat pengajaran dari isu ini,” tulisnya.
Artikel lain: KKM tegur usahawan kendali makanan guna sarung tangan kuning
Usahawan akui silap, sarung tangan kuning sudah dibuang
Terdahulu, video dia menggaul air asam dengan menggunakan sarung tangan berwarna kuning telah menjadi perdebatan di media sosial memandangkan ia tidak sesuai untuk kegunaan menyentuh makanan.
Susulan daripada itu, pihak KKM telah memberi teguran serta saranan kepada usahawan wanita terbabit supaya menggunakan sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove) bagi menjaga kebersihan.
KKM ingin memaklumkan penggunaan sarung tangan berwarna kuning adalah untuk pencucian dan tidak sesuai untuk pengendalian makanan.
Sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove) paling selamat untuk mengendalikan makanan kerana tidak meninggalkan sisa kotoran. Bagi mengelakkan… https://t.co/r2k4f2IG6a— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) March 20, 2024
Sumber: TikTok Dania Sedek, X KKM
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source