Wanita terkejut kereta dipakai individu tak dikenali, rupanya orang bengkel ‘curi’ pakai
Tular di media sosial kisah seorang wanita terkejut kereta dipakai individu tak dikenali ketika baru balik daripada Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang wanita bernama Intan Natachka telah memuat naik kisah yang dianggapnya kelakar.
Menurut Intan, dia dan ibunya baru sahaja tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA), Sabah daripada Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).
Namun, sebelum tiba ke KKIA dua orang adik kepada Intan sudah pun berada dalam perjalanan ke lapangan terbang untuk mengambil mereka.
“Dijadikan cerita, saya dan ibu saya baru balik dari Kuala Lumpur. Dalam perjalanan ke lapangan terbang, Feritz sempat ambil gambar Adam tengah memandu,” katanya.
Bagaimanapun, adik kepada wanita itu tidak memberi tahu kereta siapa yang digunakan untuk mengambil Intan dan ibunya.
Sebaik keluar dari lapangan terbang, Intan sudah ternampak kelibat keretanya dari jauh dan berniat mahu mengejutkan ahli keluarganya.
“Keluar ja pintu lapangan terbang dari jauh lagi saya dah nampak kereta saya. Adam sebenarnya memang nakkan kereta saya untuk di jadikan kereta dia.
“Jadi saya jalan terus ke kereta dengan niat di hati nak bagi kejutan untuk dorang berdua,” ujarnya.
Namun begitu, sebaik sahaja Intan membuka bonet kereta untuk menyimpan barang, dia terkejut kerana tiba-tiba seorang wanita Cina keluar dari kereta berkenaan.
Artikel lain: Ulas isu stoking kalimah Allah, netizen setuju pandangan lelaki Cina ini
“Sampai ja di kereta, saya buka bonet untuk letak bag. Alangkah terkejutnya saya tiba-tiba ada wanita Cina keluar dari kereta,” kongsinya.
Wanita Cina itu kemudiannya mendakwa Intan telah tersalah kereta disamping menyatakan kereta itu sudah dijual.
Pada awalnya, Intan berasa sedikit malu kerana menyangka dia sebenarnya tersalah kereta namun selepas pemeriksaan, Intan percaya itu keretanya.
Wanita terkejut kereta dipakai individu tak dikenali
“Saya masih blur sambil belek-belek kereta, tengok nombor plat dan di bonet ada plastik Pullman Medina. Sah! Kereta saya,” katanya.
Intan menidakkan kenyataan wanita Cina itu yang mendakwa keretanya sudah dijual dan berkata dia tidak pernah menjual kenderaannya itu.
“Macam mana boleh? Saya tidak pernah jual kereta saya,” ujarnya.
Walaubagaimanapun, Intan cuba bersangka baik dan berfikir kemungkinan ini merupakan kejutan istimewa berupa kereta baru untuknya.
“Tahap positif saya tu, sampai berfikir mungkin ini Lailatulqadar. Adakah surprise kereta baru untuk saya?
“Sambil itu, saya periksa sekeliling kalau-kalau ada orang tengah merakam saya. Faham tak, ‘prank’ kereta baru dengan riben atas kereta.
“Mana tahu, wanita Cina ini akan cakap ‘Say hello to your new car’,” luahnya.
Rupa-rupanya, kereta Intan yang sepatutnya sedang berada di sebuah bengkel telah disalahguna oleh keluarga mekanik untuk mengambil rakannya di lapangan terbang.
“Pendek cerita, kereta saya yang sedang dibaiki di bengkel telah disalahgunakan oleh keluarga mekanik untuk ambil rakannya di lapangan terbang.
“Ibu saya pula sewaktu kejadian banyak diam kerana dia sendiri hairan kenapa saya ketawa sepanjang berbincang dengan wanita Cina itu.
“Bila dah sampai rumah, saya ceritakan semula untuk semua ahli keluarga saya. Barulah dorang faham dan tergelak,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut terhibur dengan kisah yang dikongsikan oleh Intan itu.
Boleh-boleh bawa kereta orang
Awalnya lailatulqadar
Siapa yang sepatutnya terkejut
Cerita buat orang ‘panas’
Tak tahu nak gelak ke nangis
Dalam pada itu, ada juga warganet yang meluahkan rasa berang mereka terhadap tindakan mekanik yang dianggap tidak telus.
‘Pintarnya’ mekanik
Suka-suka pakai kereta pelanggan
Kereta kena letak tracker
Kalau kereta saya, memang kena marah
Nasiblah akaknya pun baik, kalau tak dah gaduh teruk jugak nanti.
Sumber: Facebook Intan Natachka
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source