Ibu ‘Teringin’ Nak Bersalin Normal Selepas Caeser, Ini Syarat Kena Faham
Proses kelahiran bayi atau bersalin tentu sahaja indah namun dalam masa yang sama menakutkan bagi sesetengah wanita terutamanya buat kali pertama.
Pelbagai perkara mungkin akan difikirkan si ibu hamil termasuklah kesakitan yang boleh berlaku tatkala meneran bayi keluar daripada perut.
Untuk pengetahuan anda, ada teknik pernafasan yang mungkin boleh membantu proses ini! Apakah ia?
Diperkenalkan oleh Pakar Obstetrik dari Perancis, Fernand Lamaze pada sekitar tahun 50-an dahulu, teknik pernafasan bersalin ini masih popular sehingga kini.
Teknik ini menggunakan metode psychoprophylaxis di mana wanita akan dilatih untuk bernafas secara terkawal sebagai alternatif ubat tahan sakit akibat kontraksi.
Buat anda yang khuatir tentangnya, jangan risau kerana ia selamat! Namun adakah ia berkesan?
Tujuan utama teknik pernafasan bersalin ini dicipta adalah untuk mengurangkan rasa sakit yang dialami akibat kontraksi.
Buat anda yang belum tahu, kontraksi adalah perubahan pada otot rahim sama ada mengetat atau melentur ketika tiba saat melahirkan bayi dalam kandungan.
Proses ini akan berlaku dan berulang untuk membantu wanita dalam proses kelahiran bayi dengan mendorong kandungan menuju saluran kelahiran.
Ya, tidak dapat dinafikan bahawa kontraksi ini tentu sekali menyakitkan dan sesuatu perlu dibuat untuk mengurangkannya.
Tahap keberkesanan terknik ini sebenarnya adalah sangat bergantung kepada toleransi seseorang ibu hamil itu terhadap kesakitan.
Penting untuk kalian tahu bahawa ia sama sekali tidak akan menghilangkan kesakitan ketika bersalin namun mungkin boleh mengurangkannya.
Sekiranya anda ingin mempraktikkan teknik pernafasan Lamaze ini, sila dapatkan tunjuk ajar daripada pakar yang terlatih dalam bidang kebidanan.
Namun terdapat beberapa tip pernafasan bersalin umum mengikut tahap kontraksi yang boleh ibu hamil amalkan seperti berikut:
Tarik nafas secara perlahan dan mendalam pada setiap permulaan dan pengakhiran kontraksi bagi memastikan tubuh badan anda kekal relaks.
Semasa fasa pertama
#1. Mulakan dengan pernafasan yang perlahan dan mendalam setiap kali kontraksi berlaku bagi melegakan segala tekanan yang wujud pada fizikal.
#2. Tarik nafas melalui hidung dan tahan nafas seketika.
#3. Setiap kali menghembuskan nafas, cuba fokus untuk merelakskan bahagian tubuh badan yang berlainan.
Teknik pernafasan ketika fasa aktif
#1. Mulakan dengan pernafasan yang perlahan dan mendalam setiap kali kontraksi berlaku bagi melegakan segala tekanan yang wujud pada fizikal.
#2. Tarik nafas melalui hidung dan hembuskan ia melalui mulut.
#3. Kekalkan pernafasan anda seperlahan yang mungkin namun tingkatkan ritmanya apabila intensiti kontraksi mula meningkat.
#4. Relakskan bahu anda.
#5. Apabila kontraksi mula memuncak dan pernafasan mula menjadi laju, cuba ringankan ia dengan bernafas menggunakan mulut sahaja.
Apabila kontraksi mula berkurang, perlahankan pernafasan dan cuba menarik nafas menggunakan hidung dan hembuskan ia melalui mulut kembali.
Teknik pernafasan ketika fasa transisi
#1. Mulakan dengan pernafasan yang perlahan dan mendalam setiap kali kontraksi berlaku bagi melegakan segala tekanan yang wujud pada fizikal.
#2. Fokuskan perhatian anda terhadap satu perkara contohnya pasangan, gambar, dinding atau sebagainya.
#3. Semasa kontraksi berlaku, cuba bernafas menggunakan mulut dengan kadar 1 ke 10 helaan setiap 5 saat.
#4. Setiap kali tiba nafas yang keempat atau kelima, hembuskan ia dengan tempoh yang agak lama.
#5. Apabila kontraksi ini berakhir, cuba bernafas dengan relaks.
Semasa fasa kedua
#1. Mulakan dengan pernafasan yang perlahan dan mendalam setiap kali kontraksi berlaku bagi melegakan segala tekanan yang wujud pada fizikal.
#2. Fokuskan minda anda kepada pergerakan bayi dalam kandungan yang mula menurun untuk keluar.
#3. Bernafas secara perlahan dengan ritma yang sesuai bagi setiap kontraksi.
#4. Laraskan pernafasan anda sendiri untuk keselesaan.
#5. Apabila anda terasa tekanan untuk menolak bayi keluar, tarik nafas sedalamnya dan perlahan hembuskan ia.
#6. Apabila kontraksi berakhir, relaks dan tarik nafas dua kali dengan tenang.
Teknik pernafasan bersalin yang umum ini mungkin dapat membantu ibu hamil melancarkan dan mengurangkan kesakitan tatkala proses bersalin.
Untuk mengetahui cara betul mempraktikkan teknik Lamaze yang kami sebutkan di atas tadi, sila dapatkan informasi lanjut daripada doktor.
Kredit: Hello Doktor
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source