Lans Koperal didakwa pukul isteri, kantoi ada skandal dengan wanita lain?
Tular di laman sosial memaparkan seorang anggota askar berpangkat Lans Koperal bertindak memukul isterinya sehingga mengalami kecederaan telah menjadi bualan hangat ramai.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman X, dia berkongsi sebuah video yang menjadi bukti kepada perbuatan kejam lelaki terbabit yang menampar isterinya selepas dipercayai kantoi mempunyai wanita lain dalam perkahwinannya.
Detail pelaku: lkpl ashraf unit 10ssb para kem terendak
Dah pukul bini, ada scandal pula tu! Scandal pula tak sedar diri bangga kacau rumah tangga orang! Kau tunggu nasib kau acap! @KhaledNordin @MarkasATM @TenteraDarat Mohon amil tindakan selanjutnya. https://t.co/SKhaVxcB3N pic.twitter.com/LARyYGXXOd
— imaginaqi (@naqiahhhh) March 21, 2024
Dalam video tersebut, seorang wanita yang dikenali sebagai Adila Azmi sempat merakam perbuatan suspek yang memukul isterinya di sebuah kediaman.
Bukan itu sahaja, terdapat sebuah gambar yang menunjukkan mangsa telah pergi ke balai polis di bahagian siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) untuk membuat laporan polis susulan kejadian yang menimpanya.
Beberapa keping gambar turut disertakan dalam hantaran terbabit yang menjadi bukti kepada mangsa telah didera dengan mengalami kesan kecederaan di bahagian badan.
Difahamkan, suspek dikenali sebagai Lans Koperal Ashraf itu adalah salah seorang anggota daripada unit 10ssb Para Kem Terendak, Melaka.
“Dah pukul bini, ada scandal pula tu! Scandal pula tak sedar diri bangga kacau rumah tangga orang! Kau tunggu nasib kau acap.” dakwa pemilik video.
Terdapat juga foto suaminya dengan orang ketiga dan tangkap layar perbualan mesej antara mangsa bersama wanita itu yang menganggu perkahwinannya.
Kawan baik mangsa bersuara
Mangsa ucap terima kasih
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, mangsa menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai kerana telah membantunya berkongsi video terbabit kepada umum.
Ramai netizen bengang!
Malah, rata-rata netizen bengang dengan tindakan lelaki tersebut yang tidak berperikemanusiaan terhadap isterinya malah, lebih mengutamakan perasaan wanita lain.
Sehubungan itu, ramai berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tertib sewajarnya terhadap lelaki tersebut yang secara tidak langsung telah mencemarkan nama baik Tentera Darat Malaysia.
Sumber: X @naqiahhhh
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source